Pengacara dan model, Nabil Mahir mengakui dia sudah pun membeli cincin lamaran untuk bekas kekasihnya, pelakon Sarah Hildebrand.

Katanya kepada MH, cincin jenama mewah itu tersebut sepatutnya dihadiahkan buat bintang kacukan itu April depan bersempena ulang tahun kelima percintaan mereka.

Nabil Mahir Mengaku Sudah Beli Cincin, Hasrat Lamar Sarah Hildebrand Tak Kesampaian…

“Sepatutnya 20 April ini saya akan berikan kejutan berupa cincin lamaran bersempena ulang tahun kami, tetapi sayang impian itu tidak dapat direalisasikan.

“Cincin itu saya beli November tahun lepas di Singapura, tapi tak sempat nak berikan kepadanya,” jelasnya lagi.

IKLAN

Teedahulu, Nabil ditemui media di sidang media Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang diadakan di Palace The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada Isnin.

Nabil bakal menjadi pengacara majlis jualan selebriti di program berkenaan 15 hingga 17 Mac.

“Saya mengenali salah seorang penganjur secara rapat dan pihak mereka ada meminta saya untuk menjadi hos.

IKLAN

Nabil Mahir Mengaku Sudah Beli Cincin, Hasrat Lamar Sarah Hildebrand Tak Kesampaian…

“Secara peribadi saya sendiri meminati bidang permotoran. Jadi apabila diberi peluang menjadi hos untuk aktiviti sampingan, sudah tentunya saya gembira,” kongsi Nabil.

Sementara itu, Nabil mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak awal Februari lalu.

IKLAN

Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia enggan memikirkan lagi mengenai kisah putus cinta. Sebaliknya, dia reda dengan ketentuan tuhan.

“Saya dah move on dan tak nak fikir lagi tentang kisah lalu, saya reda dan mendoakan yang terbaik untuk Sarah.

“Buat masa ini, belum nak cari pengganti lagi. Bagi sedikit ruang untuk saya tenangkan diri dan fokus terhadap karier seni,” katanya.

Foto: Instagram Nabil Mahir, Sarah Hildebrand

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI