Pelakon Nabila Huda tidak dapat menahan sebak saat berkongsi semula momen sewaktu bertemu dengan bapanya yang juga penyanyi lagenda, Datuk Amy Search.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, meskipun mereka kini terpisah disebabkan situasi dan takdir, namun ‘alam’ sentiasa punyai cara untuk pertemukan mereka kembali.
“Alam sentiasa ada cara nak menyatukan kami. Saya pun tak jangka akan bertemu di situ. Beginilah kehidupan. Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Kita lalui sahaja dengan tenang.
“Pada pertemuan tersebut, terlerai sekejap perasaan rindu ini. Saya seronok tapi pada masa sama agak nervous. Saya tak tahu dia ada di situ pun.
“Dapatlah kami bersalam raya dan memohon maaf. Alhamdulillah Allah pertemukan kami. Kami saling meluahkan rasa rindu. Saya bagitahu papa yang saya sangat sayangkan dia,” katanya kepada MH.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Telaga Suriram di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Cuma Rindu…
Pada masa sama, Nabila memaklumkan dirinya agak sedih bila mengenangkan kembali konflik yang seakan tiada berkesudahan.
“Saya pun tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya percaya segala yang berlaku adalah takdir. Saya pasti kalian juga tahu bagaimana situasinya saat ini. Saya cuma rindu.
Ads
“Tapi tak mengapalah. Kalau kami tidak dapat berjumpa sekarang, mungkin kita akan lebih bahagia di kehidupan seterusnya. Mungkin situasi, masa dan takdir yang memisahkan kami.
“Momen ini sangat menyentuh emosi kerana ceritanya seperti tiada kesudahan. Daripada saya kecil hinggalah sekarang. Namun, tak guna juga kita terlalu emosi. Hidup perlu diteruskan. Masing-masing ada kehidupan sendiri,” kongsinya lagi.
Doa Yang Terbaik
Ditanya adakah dia akan terus berusaha untuk memperbaiki keadaan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, Nabila akui dirinya kini sudah penat.
Ads
“Untuk kembali memperbetulkan keadaan? Saya hanya terima apa yang berlaku di hadapan mata saya. Saya sudah penat.
“Betulkan keadaan atau tidak, ceritanya tidak akan habis. Tetap ada sahaja begitu,” katanya.
Katanya lagi, meskipun jarang bertemu, Nabila memaklumkan dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bapanya itu.
“Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan papa seperti mana dia doakan saya. Saya harap dia panjang umur dan sentiasa sihat. Diharapkan satu hari nanti kita akan bersama ,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon senior, Edika Yusof turut terkena tempias gara-gara isu hangat melibatkan pergolakan rumah tangga yang dihadapi pasangan selebriti.
Mengakui tidak selesa dikaitkan, Edika sebelum ini cukup dipuji netizen lantaran kesetiaannya dalam menjaga isteri, Nor Hidayah Yusri, 44, yang lumpuh separuh badan.
Menurut aktor berusia 55 tahun itu, dia kini menjadi takut untuk keluar berdua dengan saudara perempuan kerana bimbang akan disalah tafsir.
“Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut.Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut.
“Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat ‘Edika dengan siapa tu’… (tak pasal-pasal) saya pula kena berjaga-jaga.
“Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain.Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.
“Macam sekarang tengah isu viral ni, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki,” katanya kepada MH.
Edika ditemui pada majlis pratonton drama terbaharu lakonannya, Projek: High Council yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelakon filem Maria Mariana itu sebelum ini cukup dikagumi orang ramai kerana kesetiaannya terhadap isteri selain dijadikan suami serta bapa contoh dalam kalangan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang pasti akan merasai sedih dan hiba.
Terbaru, penyanyi yang terkenal lagu Di Persimpangan Dilema itu telah mengimbau kembali kenangan saat arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi disembahyangkan.
Difahamkan, tahun ini merupakan tahun ketiga Nora bergelar balu kepada komposer terkenal itu.
Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Perkara ini disahkan isteri Allahyrham Relawati Daud ketika dihubungi rakan rapatnya, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi, memetik Awani.
“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia.
Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik kumpulan legenda tanah air termasuk Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.
Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.
Astro AWANI sedang mengesahkan punca kematian Allahyarham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sementara itu, rakan selebriti menerusi media sosial masing-masing mulai memberikan penghormatan terakhir seterusnya mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, al-Fatihah.
Sumber : Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier memukau pandangan ramai pihak. Selain kagum melihat kebahagiaan pasangan mempelai, setiap sudut perincian majlis bermula dari dekorasi, busana,...