Pelakon Nabila Huda ada mengimbau kenangan ketika  pertama kali terlibat dalam satu pengambaran filem telemovie, berjudul Blok 404 yang dilancarkan lebih 20 tahun dulu.

Kongsi anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search ini, dia pernah ditegur oleh pengarah pertama yang mengambilnya berlakon iaitu Silver Chong selain dibayar sebanyak RM600 termasuk bagi tujuan promosi.

Nabila yang mesra disapa Abil ini berkongsi memori tersebut dalam bentuk fakta dalam satu posting di Instagram miliknya.

“Im 16 years old masa ni. This is my 1st telemovie tahun 2001. 1st time klua kat public. 1st VCD genre horror called blok 404. Tahun ni hanya ada satu production nama dia HVD.

“Payment rm600 termasuk dengan road tour 1 malaysia macam promotion filem. Murah bukan? Kena kencing mungkin..Bbnu kan..haha

“Director pertama yang mengarah abil adalah uncle silver chong. Mulut dia jangan cakap la,maki dan menjerit sampai nak klua anak tekak je all the times!,” tulisnya.

Ads

Abil pada masa sama menyifatkan segala yang diterokainya itu menjadi satu pengalaman yang banyak mengajar.

“Tapi hati dia baik and dia banyak ajar abil. And sampai bila2 pun abil takkan lupa dia. I hope he’s doin alright now. Missing him so much.

“Masa ni lah abil and my abg @zamarulhisham93 dapat digandingkan for the 1st time and if im not mistaken,this is his 1st jugak kot.

“Masa 1st day shoot je dah kena maki ini pelakon apa ni belakon kayu,mana jumpa ni,dan makian bertubi-tubi sampai kite memangis la.

Ads

“Stunt tu dibuat pada 7:30am. Kitaorg shoot dari hari sebelumnya sampai la next day. Takde budget nak bayar stuntman,semua menunggu for nothing,penat lagi,so abil volunteer buat stunt sendiri je. And without pading or apa2 ye..thank god im still alive!haha

“Berlakon dalam VCD ni bukan kehendak abil atau impian untuk jadi seorang pelakon tapi kebetulan pergi casting nak dapat job nak bayar bill phone rumah arwah nenek abil sebab aku dah buat salah menggayut sampai bil melambung kena maki dengan my Mom!

“Abil tak introduce atau bagitau sesiapa pun abil anak amy search masa pergi casting. Ingat cerita ni takkan famous tapi end up kecoh satu malaysia sebab meletup gila cerita ni masa tu.

“After blok404 baru abil berminat nak berlakon dan mula belajar dari bawah, cuba faham shot, acting, camera angle, script, emotions, conty, calltime dan sebagainya.

Ads

“Macam tak percaya eh boleh share moments ni dengan @lilkupukupu tengok mummy dia masa muda! Haha,” tulisnya panjang lebar.

Nabila Huda Buka Rahsia, Rupanya Tak Rancang Jadi Pelakon. Pergi Casting Sebab Nak Cari Duit Bayar Bil Telefon Rumah Arwah Nenek Melambung Sebab Bergayut! Nabila Huda Buka Rahsia, Rupanya Tak Rancang Jadi Pelakon. Pergi Casting Sebab Nak Cari Duit Bayar Bil Telefon Rumah Arwah Nenek Melambung Sebab Bergayut!

Perkongsian Abil nyata mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis yang turut sama memberikan reaksi masing-masing.

Nabila Huda Buka Rahsia, Rupanya Tak Rancang Jadi Pelakon. Pergi Casting Sebab Nak Cari Duit Bayar Bil Telefon Rumah Arwah Nenek Melambung Sebab Bergayut! Nabila Huda Buka Rahsia, Rupanya Tak Rancang Jadi Pelakon. Pergi Casting Sebab Nak Cari Duit Bayar Bil Telefon Rumah Arwah Nenek Melambung Sebab Bergayut! Nabila Huda Buka Rahsia, Rupanya Tak Rancang Jadi Pelakon. Pergi Casting Sebab Nak Cari Duit Bayar Bil Telefon Rumah Arwah Nenek Melambung Sebab Bergayut!

Foto: Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI