Pelakon, Nabila Huda yang kini menceburkan diri dalam bisnes penganjuran konsert mendedahkan dirinya tidak risau dengan tindakan yang bakal diambil pihak kerajaan susulan kontroversi melibat kumpulan antarabangsa 1975 di sebuah festival muzik tempatan baru-baru ini.

Menurut Nabila, syarikatnya, Neptunes Presents lebih mengutamakan artis-artis yang mempunyai rekod yang bersih dan tidak terlalu agresif.

Nabila Huda Tak Risau Kerajaan Ketat Syarat Konsert, Jemput Artis Santai & Kurang Masalah

“Fokus saya di Neptune Presents adalah lebih kepada mengundang penyanyi atau band ‘independent’ yang ada kena mengena dengan saya dan lebih santai.

“Fokus kami bukan pada artis gred A yang punyai banyak syarat-syarat tentang perkara yang boleh dan tak boleh dibuat yang boleh membuatkan saya risau.

“Mereka yang saya jemput ini lebih kepada muzik-muzik yang menyenangkan dan tak bawa masalah kepada saya. Cukuplah saya sahaja yang memeningkan kepala,” katanya kepada MH.

Nabila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Rahsia baru-baru ini.

Nabila Huda Tak Risau Kerajaan Ketat Syarat Konsert, Jemput Artis Santai & Kurang Masalah

Ads

Jelas Nabila lagi, sebagai penganjur konsert, dia tidak akan sesekali melanggar arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Jadi, tiada apa yang perlu saya risaukan tentang tindakan kerajaan ketika ini. Neptunes Present sudah punyai peminat yang tersendiri.

“Apapun, sebelum kita undang sesebuah artis itu, kita akan minta kebenaran dan mengikuti segala proses yang telah ditetapkan.

“Kalau pihak berkuasa kata tak okay, kita tak boleh nak buat apa-apa. Kalau dapat kebenaran, sudah tentu mereka akan buat pemeriksaan. Setakat ini artis yang saya bawa tidak pernah buat masalah,” ulasnya lagi.

Ads

Ditanya adakah syarikatnya itu sudah bersedia untuk mengundang artis-artis ternama antarabangsa untuk membuat persembahan di Malaysia, Nabila menjelaskan dia mahu mengukuhkan jenama syarikatnya terlebih dahulu.

“Pada saya artis gred A ini agak susah diundang. Namun, insyaAllah pada masa hadapan mungkin kita akan cuba jemput juga.

“Apapun, fokus kami lebih tertumpu kepada yang kecil-kecilan terlebih dahulu untuk memahami selok belok jadi penganjur acara atau concert promoter.

“Kami mahu kukuhkan jenama syarikat ini dahulu dan punyai peminat sendiri. Barulah senang nak promosi mana-mana konsert selepas ini,” akhirinya.

Ads

Nabila Huda Tak Risau Kerajaan Ketat Syarat Konsert, Jemput Artis Santai & Kurang Masalah

Baru-baru ini, kerajaan telah mengarahkan penganjuran festival muzik Good Vibes Festival dibatalkan selepas vokalis kumpulan 1975, Matt Healy, bertindak mencium rakan sejantina yang juga gitaris kumpulan di atas pentas.

Bukan itu sahaja, Healy turut memegang botol arak di atas pentas selain membuat kenyataan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kejadian yang berlaku pada hari pertama festival itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Malah, disebabkan kontroversi itu juga, kerajaan telah membatalkan beberapa siri konsert melibatkan artis-artis antarabangsa baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Nabila Huda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI