Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil memberi cadangan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menutup ruangan komen di platform media sosial, bagi membolehkan orang ramai memberikan pendapat.
Meski sedia maklum akan tujuan akses komen tersebut ditutup, penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagaimanapun mengajak ramai supaya menjadikan ruang komen terbabit sebagai medium untuk sama-sama bertukar pendapat dan bukan tempat untuk menyalahkan mana-mana pihak.
Perkara tersebut dikongsikan Nabila menerusi ciapan di laman Twitter pada Rabu.
Sambil menzahirkan penghargaan kepada mereka yang tampil membantu golongan memerlukan sepanjang fasa pandemik, Nabila kini turut meminta ramai agar mulai memberikan komen membina dengan meninggalkan komen bernas.
Cadang tersebut diutarakan Nabila demi sama-sama membantu mengekang wabak bahaya ini daripada terus menular.
Sumber: Twitter Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Aishah An-Nur Penyanyi Dangdut, Tak Sesuai Dik,” – Ani Maiyuni Cerita Sejarah Nama, Kombinasi Nama Nenek & Datuk Rupanya!
Penyanyi, Ani Maiyuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman telah berkongsi cerita seterusnya mengimbau kembali kenangan ketika di awal penglibatan dalam karier seni lebih dua dekad lalu.
Menurut Ani, perjalanan karier seni nyanyiannya bermula setelah dia dilamar syarikat rakaman FMC Music untuk menganggotai sebuah kumpulan yang digelar Sugar selepas menyertai pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995.
“Saya bermula dengan pertandingan Bintang HMI pada tahun 1995 dan saya antara finalis bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza waktu itu. Selepas habis pertandingan itu, saya dilamar oleh syarikat FMC untuk buat album berkumpulan iatu Sugar.
“Jadi dari situ lah bermulanya karier seni saya sebagai penyanyi,” katanya menerusi program YouTube Media Hiburan, MHLifeStyle baru-baru ini.
Bermula sebagai penyanyi berkumpulan, Ani kemudian mengorak langkah sebagai penyanyi solo irama dangdut selepas kumpulan Sugar yang dianggotai tiga penyanyi wanita itu dibubarkan atas sebab tertentu.
“Cerita dia macam ni, masa saya masih dibawah pengurusan syarikat rakaman FMC, ketika itu saya ni penyanyi kumpulan Sugar. Tapi selepas itu kami berpecah dan antara tiga orang dalam kumpulan Sugar tu hanya saya sahaja yang boleh menyanyi.
“Kebetulan pula waktu itu irama dangdut ni tengah meletup, jadi syarikat rakaman pun bawa saya pergi jumpa penyanyi Iwan untuk uji bakat. Selepas selesai, Iwan pun kata saya boleh menyanyi. Jadi itu lah kisahnya,” katanya lagi.
Dedahnya yang sinonim menerusi lagu Buaya Cinta dan Sedap ini, nama komersialnya, ‘Ani Maiyuni’ tercetus selepas menjalani ujian menyanyi dilakukan.
Menurut bintang berusia 43 tahun ini, nama berkenaan rupanya kombinasi nama arwah nenek dan datuknya.
“Kemudian Iwan dengan arwah ayah duduk berbincang dengan syarikat rakaman bagi cari nama yang sesuai untuk penyanyi dangdut ini. Jadi Iwan pun tanya nama bapa kau apa, saya jawab Osman.
“Lepas tu dia tanya nama mak pula apa saya jawab Fatimah, eh macam tak sesuai pula. Kemudian dia tanya nama nenek apa, saya cakap Ani, nama datuk pula Maiyuni @ Nayuni, jadi dia ambil Ani letak Maiyuni jadilah Ani Maiyuni,” dedahnya.
Jelasnya, hal ini berlaku kerana nama sebernarnya iaitu Aishah An-Nur Osman tidak sesuai untuk diguna pakai oleh penyanyi dangdut pada ketika itu.
“Aishah tu kan nama isteri Nabi, jadi sebaiknya pilih nama lain dan ia dirasakan tidak sesuai untuk letak pada penyanyi dangdut.
“Orang-orang yang nama Aishah tu sesuai nyanyi lagu yang relaks, tengok lah contoh macam penyanyi kak Aishah, bertudung. Kan lebih sesuai kalau tengok.
“Macam saya cakap tadi, kalau letak Aishah An-Nur penyanyi dangdut, memang tidak sesuai dik,” katanya berseloroh.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Ani menerusi pautan video ini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Adik Dan Saudara Saya Selamat,” – Letupan Pelantar, Faye Kusairi Syukur Ahli Keluarga Terlepas Dari Maut
Pelakon Faye Kusairi merakamkan rasa lega dan bersyukur apabila ahli keluarganya iaitu adik dan saudaranya dilaporkan selamat daripada menjadi salah sorang mangsa insiden letupan petrokimia di Pengerang, Johor pada pagi Jumaat.
Maklumnya menerusi Instagram beberapa jam lalu, mereka tidak berada di sekitar ketika kejadian.
“Alhamdulillah adik dan saudara saya selamat. Mereka tidak berada di site. Syukur alhamdulillah. Saya harap ahli keluarga kenalan yg lain yg bekerja di Pengerang Johor turut selamat. This is shocking to hear.
“Teringat dulu peristiwa SMDS Bintulu. My dad was working that night at BCOT just next to the plant. Plus my dad’s responsibility was to get everyone safe, so agak lambat dapat tahu keadaan dia. Tapi alhamdulillah.. dia selamat,” tulisnya.
Sementara itu, Faye turut mendoakan kesejahteraan buat ahli keluarga mangsa yang turut terlibat di dalam kejadian berkenaan.
“Agak traumatic bila keadaan macam ni berlaku. Buat keluarga lain yg ada anak atau suami atau saudara atau mana2 pihak yg bekerja disana.
“Saya doakan keselamatan masing2. Semoga Allah lindungi mereka yg mencari rezeki disana,” tulis Faye.
View this post on InstagramA post shared by Faye Kusairi Official (@fayekusairi) on
Foto: Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berderau Darah Nubhan! Ibu Jadi Kontak Rapat Covid-19 Ketika Terawih – “Allah, Kau Jauhkanlah Mak Aku Dari Bencana Wabak.”
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui berasa amat terkejut selepas mengetahui ibunya merupakan salah seorang kontak rapat dengan mangsa pesakit Covid-19.
Jelas Nubhan, ibunya itu difahamkan telah menjadi kontak rapat sewaktu menghadiri aktiviti solat terawih pada hari terkahir Ramadan baru-baru ini.
Katanya lagi, tambah membimbangkan apabila pesakit yang telah dijangkiti Covid-19 tersebut dikhabarkan baru sahaja meninggal beberapa hari yang lalu.
“Berderau jantung bila dapat tau mak adalah contact rapat mangsa covid 19 di Masjid Juasseh (solat tarawih) akhir ramadhan haritu.
“Dan yang paling merisaukan bila mangsa itu baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini. Takziah buat keluarga mangsa,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bintang Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.
Sehubungan itu juga, Nubhan difahamkan telah membawa ibunya itu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah, bapa kepada dua orang anak ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Ya Allahhh, kau jauhkanlah mak aku dari bencana wabak ini. Lindungilah mak aku dari segala perkara buruk. InsyaAllah esok akan tau resultnya. Debarannya hanya tuhan yang tau
“Saya mohon doa semua orang agar mak saya negative wabak durjana ini. Semoga Allah melindungi kita semua dan mengangkat wabak durjana ini dari muka bumi ini. Aminn. I love you mak. They love you mak jenny,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Nubhan sekeluarga.
Sekadar informasi, Nubhan sebelum ini sering kali berkongsi mengenai telatah ibunya itu di saluran Youtube miliknya sehinggakan ibunya itu semakin dikenali ramai dan turut popular dengan panggilan Mak Jenny.
Sumber: Instagram Nubhan Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI