Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil memberi cadangan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menutup ruangan komen di platform media sosial, bagi membolehkan orang ramai memberikan pendapat.
Meski sedia maklum akan tujuan akses komen tersebut ditutup, penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagaimanapun mengajak ramai supaya menjadikan ruang komen terbabit sebagai medium untuk sama-sama bertukar pendapat dan bukan tempat untuk menyalahkan mana-mana pihak.
Perkara tersebut dikongsikan Nabila menerusi ciapan di laman Twitter pada Rabu.
Sambil menzahirkan penghargaan kepada mereka yang tampil membantu golongan memerlukan sepanjang fasa pandemik, Nabila kini turut meminta ramai agar mulai memberikan komen membina dengan meninggalkan komen bernas.
Sumber: Twitter Nabila Razali