Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 23 Disember yang lalu, berkongsi beberapa keping fotonya sekeluarga.
Gambar yang penuh makna dan memori itu dikongsikan penyanyi Pematah Hati itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini.
“Alhamdulillah. Dengan kasih sayang dan kesyukuran, kami meraikan nikmat yang berharga ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi foto yang dimuat naik, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani tampil sedondon berwarna biru gelap kelihatan cukup manis dan ceria di samping buah hati tersayang.
Perkongsian Nabila itu turut mendapat pujian serta ucapan tahniah dari peminatnya apabila ia setakat ini sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka.
Malah meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan rakan artis dan para peminat. Antaranya;
“MashaAllah…Alhamdulillah. Tahniah both of you.”
“Pregnant cantik, bersalin pun cantik.”
“Congratulations, Bella. Semoga dia menjadi anak yang soleh, InshaAllah.”
“Syukur alhamdulillah. Semoga ibu dan babynya sihat- sihat selalu amin.”
“MashaAllah tahniah! Semoga membesar menjadi anak yang soleh.”
“Moga jadi anak yang soleh, sentiasa banggakan dan doakan parents.”
Imbas kembali, Nabila selamat melahirkan bayi sulungnya pada 23 Disember yang lalu, seberat 3.1kg di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.