Penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi tadi.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Ads
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Ads
Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehadiran pelakon Mimi Lana yang turut hadir meraikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) mendapat perhatian wargamaya.
Hadir mengenakan gaun potongan kembang dalam rona jingga keemasan, penampilan bintang tinggi lampai yang kini popular menerusi drama bersiri, Isteri yang tersakiti ini cukup memujau pandangan.
“Donning this beautiful dress from abang @rizmanruzaini at #abpbh33 yesterday.
“Taniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada pihak @abpbh33 kerena memastikan SOP dijalankan dengan sangat ketat dan teratur.
“It’s kinda weird at first , but this is new Norma yang kita kena biasakan kan ! I had fun yesterday #kitajagakita,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada foto gaun yang dimuat naik, para peminat tidak putus-putus memuji.
Malah ada di antara mereka yang menyamakan wajah Mimi dengan bintang antarabangsa, Ariana Grande.
Malam tadi, Mimi meraih trofi Gandingan Serasi Filem Popular bersama Syafiq Kyle menerusi filem Pusaka.
Foto: Instgaram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, termasuklah apabila berkongsi cerita mengenai haruman pilihan. Malah tidak dinafikan, lambakan jenama pewangi turut memberi ruang buat wanita di dalam memilih yang terbaik dengan cita rasa masing-masing.
Malah, para selebriti terkenal dunia juga tidak lokek untuk berkongsi haruman kegemaran masing-masing.
Pastinya ia bukanlah reviu berbayar memandangkan haruman pilihan masing-masing memang diakui mempunyai nota bauan wangi yang menyenangkan!
Megan Markle
The Duchess of Sussex seperti yang dilapor ada mengenakan haruman Jo Malone London’s Wild Bluebell sebagai pewangi hariannya. Hal tersebut dikatakan pernah dinyatakan menerusi laman blog, The TIG. Sementara untuk majlis keraian pula, figura itu lebih selesa memakai pewangi Bvlgari BLV II
Naomi Watts
Apabila ditanya Bazaar mengenai minyak wangi pilihan, aktres ini memberitahu dia menggemari nota bauan dari Kiehl’s Musk Eau de Toilette Spray and Kai by Gaye Straza Perfume Oil.
Hailey Baldwin
Super model yang juga isteri kepada Justin Bieber ini pula mengakui dia sukakan haruman dari Bond No. 9, ketika diwawancara oleh Elle Australia.
Blake Lively
Memetik Vogue Australia, bintang ini difahamkan lebih menyukai nota haruman yang berteraskan buah-buahan. Misalnya Gucci’s Eau Premiére adalah pilihan. Malah, Lively turut menggunakan Victoria’s Secret fruity sebagai mist di tangan.
Kylie Jenner
Percaya atau tidak yang bintang viral ini menggunakan haruman dari jenama Victoria’s Secret sebagai pilihan iaitu dari koleksi Victoria’s Secret Coconut passion spray? Bagaimanapun kami percaya, Kylie punyai ribuan koleksi minyak wangi yang pelbagai. Namanya pun Kylie Jenner kan?
Sumber: Harpes Bazaar UK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah yang kini turut aktif dalam dunia politik, Datuk Dira Abu Zahar telah turun padang untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir kilat di sekitar perkampungan Lubuk Kasau, Jasin.
Ini kerana, terdapat beberapa kawasan di sekitar Negeri Sembilan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 2 November lalu.
Difahamkan, bantuan tersebut merupakan sumbangan bersama daripada Ahli Jawatan Kuasa Puteri UMNO Jasin.
“Tak byk. Sikit je dapat bantu. Cukup utk hati Saya senang Bila tgk Mereka tersenyum lega sikit.
“Gerakan untuk bantuan musim tengkujuh untuk kawasan2 yg bakal dinaiki air sedang berlangsung.
“Nnt Saya kongsikan lebih details Kalau ada yg nak tahu mcmana nak join sama k.
“Terima kasih kepada semua yg turut sama membantu. Tahniah @puteribahagianjasin_19,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar dikurniakan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Foto: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...