Hiburan

Nabila Razali Tak Biasa Dipanggil ‘Puan’, Sambal Jawa Bakal Jadi Menu Pertama Buat Suami

Share

Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali akui masih membiasakan diri dengan perubahan statusnya yang kini sudahpun bergelar isteri orang

Menurut Nabila, ada kalanya dia berasa janggal bila ada yang memanggilnya dengan gelaran puan.

“Baru-baru ini saya ada membuat persembahan di majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM). Saya merupakan alumni di univesiti tersebut.

“Kemudian, ada yang menyapa saya dengan panggilan puan. Pada mulanya saya terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?

“Lalu orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya sambil ketawa.

Nabila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali yang berlangsung di Restoran EL & N London, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut memaklumkan dirinya juga boleh melihat perubahan kelakuan para peminat bila menegurkan selepas mendirikan rumah tangga.

“Dulu ramai lelaki akan menegur saya dengan simbul tangan ‘mini love’ dan memanggil saya dengan gelaran Nabila ‘cumi-cumi’.

“Tetapi bila saya sudah berkahwin, kebanyakkan mereka tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya. Mereka hanya senyum dan melambai sahaja,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Nabila memaklumkan sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat suami memandangkan jadualnya yang padat.

Katanya lagi, dia ingin menghidangkan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami kesayangan.

“Saya baru sahaja berpindah ke rumah suami dalam dua minggu. Saya masih lgi dalam proses memindahkan barang. Sekarang ini, kami banyak dating di luar lagi.

“Lagipun, kami juga belum berkenalan lama dan masih dalam fasa mengenali hati budi. Senang cerita, kami ini bercinta selepas menikah.

“Saya nak masakkan dia sambal jawa. Saya tahu masak menu tersebut tapi belum pernah buat untuk orang lain. Lain orang, lain tekaknya.

“Sambal jawa ni orang yang betul-betul mahir sahaja boleh buat. Ibu saya pandai buat masakan jawa. Jadi, saya risau juga tapi suami saya terbuka untuk mencuba apa sahaja yang saya masak,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf