Nad Zainal Umum Bercerai; “Cukup Dikongsi Status Saya Kini.”

Share

Pelakon Nad Zainal berpisah dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin berpisah selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun menjelaskan, keputusan yang dipilih bukan sesuatu mudah.

“Iya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi dua anak,” katanya ringkas, memetik BH Online.

Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 dalam drama Fatonah Azali tidak mahu ulas lebih lanjut mengenai punca perceraian.

“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal,” katanya.

Untuk rekod, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH