Menepati ramalan, Nadeera Zaini diangkat sebagai juara program Big Stage 5 yang melabuhkan tirai saingannya, malam tadi.
Nadeera, 29, menyampaikan lagu Never Enough dengan penuh tenaga hingga menerima reaksi positif juri bersama markah sebanyak 68.39%.
Menewaskan lima peserta lain, Nadeera membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan sebuah lagu baru daripada komposer antarabangsa, Hyuk Shin.
Nadeera turut memberikan persembahan konsisten menerusi segmen battle mash-up bersama Waode.
Tempat kedua dimenangi peserta dari Indonesia, Waode dengan markah sebanyak 64.25%.
Meraih markah 64.19% Putera Muhammad berada di kedudukan ketiga.
Hoondoo pula diumum meraih tempat keempat diikuti Aufahanie di tempat kelima yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan RM5,000.
Hoondoo dari Korea Selatan itu mengumpul markah 61.60% sementara Aufahanie 54.61% yang turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik Aufahanie RM3,000.
Pemenang tempat keenam dengan markah 49.58% ialah Puteri Khareeza membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi.
Pada minggu akhir, Big Stage 5 menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan maestro muzik, Datuk Ramli MS sebagai juri jemputuan.
Jihan Muse pula diundang sebagai Presiden Netizen.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini