Berita

Nadhif Basalamah & Pamungkas Bakal Buat Kemunculan Di Kuala Lumpur Untuk Malam Melankolia

Share

Bagi peminat muzik pop pasti anda kenal dengan dua penyanyi yang menyanyi dengan penuh ‘soul’ ini.

Pamungkas satu ketika dahulu mendunia dengan lagu To the Bone yang mencapai ratusan juta tontonan di Youtube. Manakala Nadhif Basalamah pula tular dengan lagu Penjaga Hati yang popular di TikTok.

Lantunan suara dan lirik lagu-lagu yang dipersembahkan oleh dua penyanyi berbakat besar ini cukup bererti dan menusuk jiwa. Khabar terbaharu, mereka bakal bergandingan dalam satu konsert yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh KIG Live, ‘Malam Melankolia: Pamungkas & Nadhif Basalamah Live In Malaysia’ bakal berlangsung pada 3 Mei akan datang jam 8.30 malam bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, gabungan dua penyanyi ini ini malah bakal membuatkan para penonton merasai dan mendalami setiap komposisi berjiwa, hasil nukilan masing-masing.

Jika hendak diungkapkan tentang dua penyanyi ini, Pamungkas sentiasa mendapat pujian atas lirik-liriknya yang introspektif dan menusuk kalbu setiap pendengar.

Nadhif Basalamah pula membawa pengaruh indie-Pop dan folk untuk memikat penonton dengan melodi yang menyentuh dan cerita yang mengasyikkan

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari laman web rasmi KIG Live (www.kiglive.com) untuk pembelian tiket dan ikuti KIG Live Malaysia di media sosial untu perkembangan terkini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen