Pelakon Nadia Brian mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu dengan bekas suami, Muizz Nasruddin, kelmarin.
Lapor Kosmo! Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi bagaimanapun tidak berkongsi lokasi lafaz cerai yang dilakukan Muizz.
“Alhamdulillah. Semuanya okay je dan ya kami sudah bercerai.
“Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya.
Ads
“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.34 malam,” katanya seperti yang dipetik.
Bintang berusia 31 tahun itu turut menjelaskan, perceraian tersebut dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.
Ads
Terdahulu, sekitar pertengahan Disember lalu, media melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian terhadap Nadia di sebuah mahkamah namun masih belum dibicarakan ekoran situasi semasa Covid-19.
Ads
Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu sebelum ini juga pernah mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu itu sedang berantakan, namun tidak mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.
Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia berkongsi hantaran menerusi InstaStory yang memberi bayangan dirinya sudah bergelar solo.
Sumber: Kosmo!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha akui amat sedih apabila mengalami keguguran pada awal bulan ini.
Bagaimanapun, Fasha dan suami, pelakon Aidil Aziz tidak patah semangat untuk berusaha mendapatkan zuriat.
“Sekarang ini kami rileks je dulu. Kalau ada rezeki Alhamdulillah.
“Kami juga tak try so hard dan tak terlalu beria-ria nanti terlalu mengharap dan akhirnya jadi stress,” kata Fasha kepada MH.
Jelas pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini lagi, dia akan lebih berhati-hati dalam apa sahaja situasi pada masa yang akan datang.
“Apa yang saya dapat pengajaran berikutan hal tersebut (keguguran) ialah, saya perlu banyak berehat, rileks dan tak boleh terlalu aktif sangat,” jelas Fasha jujur.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada pada 30 Mac lalu di Perlis.
Sementara itu bagi Aidil pula, dia reda tetapi pada masa sama tetap berdoa agar diberikan rezeki zuriat selepas ini.
“Saya tetap berusaha, ikhtiar, berdoa dan tak putus asa untuk dapatkan zuriat.
“Kami hanya follow the flow. Kalau ada rezeki anak,syukur,” kongsi Aidil ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mindorder pada Jumaat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak memaklumkan dirinya sudah pun membuat keputusan untuk berhenti sementara daripada menjadi penyampai di stesen radio Sinar Fm.
Perkara tersebut diumumkan angah secara langsung ketika ke udara di segmen Pagi Di Sinar pada pagi Rabu.
“Masalah ini berlarutan. Jadi, sebelum saya nak kembali sihat ini, saya ambil keputusan untuk berhenti sebagai penyampai di radio Sinar.
“Saya akan berhenti sekejap tapi tak tahu lagi macam mana keadaan pada masa hadapan nanti,” katanya.
Pada masa sama, Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim memaklumkan keputusan tersebut dibuat disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Lantaran itu, Angah turut menjelaskan ketiadaannya di Sinar sebelum ini bukan disebabkan masalah disiplin tetapi dia harus berehat untuk kembali pulih.
“Melihat perjalanan saya sebelum ini, saya kerap kali cuti. Jadi, saya risau orang akan anggap saya main-main dan tak serius soal kerja.
“Padahal apa yang saya lalui ketika ini adalah disebabkan masalah kesihatan. Selagi saya tak sihat, saya tak nak masalah ini berlarutan.
“Kalau saya bangun pukul 4 pagi dan darah tinggi datang lagi, saya terpaksa cuti lagi. Saya akan mengganggu kawan-kawan yang lain.
“Saya perlukan kerja dan memang nak kerja. Saya bukan tak datang kerana sengaja. Saya sakit,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, rakan penyampai turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Angah itu.
Menerusi hantaran di Instagram, pelawak Rahim R2 menyifatkan ketiadaan Angah pasti akan dirindui dan dia juga mendoakan semoga Angah terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi selepas ini.
“Meskipun harus berpisah, kita tetap akan menjadi sahabat yang selalu ada di hati masing-masing. Walaupun jarak memisahkan, tapi hati kita tetap bersatu.
“Esok mungkin kita berbeda tempat, tapi kenangan kita tetap sama. Angah..kau sentiasa dihati aku,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi rakan penyampai dan pelawak Jep turut menitipkan doa agar Angah kembali sembuh seperti sedia kala.
“Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik,” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan kesihatan Angah.
“Angah orangnya sangat sopan bila bercakap. Suka bila dengar celoteh Angah. Sedih bila Angah sudah tiada di Sinar. Semoga Angah diberikan kesembuhan dan dapat menceriakan konti Sinar semula.
“Angah ni deejay paling relax dan sopan. Suka karakter dia.
“Kenapa aku sedih bila Angah berhenti. Semoga Angah diberikan kesihatan yang baik-baik.
“Tak best bila Angah tiada tapi kesihatan lagi penting. Selamat maju jaya Angah,” antara komen-komen di Isntagram.
Terdahulu, rakan-rakan penyampai di stesen radio Sinar turut hadir pada pagi ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat Angah.
Antara penyampai yang hadir ialah Dina Nazir, Falyq Hikyle dan Roy Azman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar FM, Angah, Rahim R2, Jep & Falyq Hikyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Dira Abu Zahar difahamkan telah dikurniakan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
Perkara tersebut dikongsikan oleh abang kepada Dira menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
“Congrats to my dearly little sister for the title. The first adik beradik aku dapat title Datuk.
“Kau memang padulah @diraabuzahar. Dan paling penting anugerah sejati bukan Datuk beli, yeah,” tulisnya.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan yang sama, Dira dilihat anggun mengenakan sepersalinan baju kurung berwarna biru muda hasil sentuhan indah pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan sahabat terdekat meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah diatas penganugerahan yang diterima oleh Dira itu.
Selain bergelar pelakon, Dira juga merupakan antara individu yang aktif di dalam dunia politik dan juga aktiviti-aktiviti kemanusiaan.
Sumber: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!