Nadia Brian, Dedah Sudah Cerai Talak Satu Dengan Muizz Nasruddin

Share

Pelakon Nadia Brian mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu dengan bekas suami, Muizz Nasruddin, kelmarin.

Lapor Kosmo! Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi bagaimanapun tidak berkongsi lokasi lafaz cerai yang dilakukan Muizz.

“Alhamdulillah. Semuanya okay je dan ya kami sudah bercerai.

“Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya.

“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.34 malam,” katanya seperti yang dipetik.

Bintang berusia 31 tahun itu turut menjelaskan, perceraian tersebut dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.

Terdahulu, sekitar pertengahan Disember lalu, media melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian terhadap Nadia di sebuah mahkamah namun masih belum dibicarakan ekoran situasi semasa Covid-19.

Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu sebelum ini juga pernah mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu itu sedang berantakan, namun tidak mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.

Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia berkongsi hantaran menerusi InstaStory yang memberi bayangan dirinya sudah bergelar solo.

Sumber: Kosmo!

Published by
MH