Pelakon Nadia Brian mengakui sedih dengan situasi rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana yang ditimpa ujian dalam rumah tangganya.

Enggan mencampuri urusan Puteri Sarah dan suaminya, pengarah Syamsul Yusof, Nadia mendoakan agar segala kemelut yang melanda mereka dapat diselesaikan dengan baik.

Menurut Nadia atau nama sebenar, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, dia turut berharap Puteri Sarah dan Syamsul dapat menjaga kondisi kesihatan mental mereka di sebalik permasalahan yang berlaku.

“Saya taknak masuk campur hal rumah tangga dia. Cumanya sebagai kawan saya terasa sedih juga, malah semua orang yang bersama Sarah turut bersedih.

“Tidak menyokong mana-mana pihak, saya harap Sarah dan Syamsul dapat uruskan dengan baik dan dipermudahkan segala proses mereka berdua.

“Walaupun berlaku keadaan begini, kesihatan mental perlu dijaga oleh Sarah mahupun pihak Syamsul. Itu adalah yang lebih penting,” katanya kepada MH.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

Nadia ditemui pada majlis malam gala filem terbaharu lakonannya, Eva yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ads

Terdahulu, Puteri Sarah nekad memfailkan saman terhadap suaminya, Syamsul pada 16 Januari lalu.

Sebutan kes pasangan itu dijadualkan berlangsung pada 7 Mac ini.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul dikatakan sudah berlarutan sejak empat tahun lalu, melibatkan kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Ads

Pengarah filem Munafik itu mengesahkan dia bernikah dengan Ira di Thailand menerusi pendedahan di laman Instagram miliknya pada 6 Januari lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI