Terdahulu, pelakon versatil, Nadiya Nisaa ada melahirkan rasa syukir atas kelahiran anak ketiganya, Aminah Rose pada 1 Januari lalu.

Menerusi kemas kini di Instagram, Nadiya, 34, turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang sentiasa mengutuskan doa buatnya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari. Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you. Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt. Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je ? Pantang mode still ON ??? doakan semoga saya recovery dengan jayanya ?? #bullyingomar #NN2019 #newyearsbaby2019

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa) on

Sementara menerusi perkongsian terkini, bintang ini turut mendedahkan perihal perasaan anak sulungnya yang masih belum biasa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Ads

“Abang Omar belum terbiasa, jadi beri lebih masa. I’m sure he will be your bestfriend & abang sulong that will protect you from any harm,” tulisnya.

Bagaimanapun Nadiya yakin anak sulungnya itu akan menjadi kawan baik dan abang yang akan melindungi adiknya dalam apa keadaan dan Nadiya juga menyatakan janji abang Omar masa Aminah dalam perut, dia akan manjakan.

Ads

“Dan akan manjakan awak juga seperti janji-janji dia sewaktu awak masih dalam perut. Masih ingat?,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Nadiya berkahwin dengan Saiful pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Omar yang kini berusia 8 tahun.

Ads

Pada 2016, Nadiya sepatutnya melahirkan anak kedua.

Namun kehilangan zuriat apabila janin yang dikandung meninggal dalam kandungan.

Foto: Instagram Nadiya Nisaa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI