Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab mengakui kini dia lebih gemar untuk mengenakan rambut palsu bagi menjaga kesihatan rambut aslinya.
Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, berkata pemakaian rambut palsu juga lebih mudah baginya kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk bersiap.
“Kalau tak berdandan (rambut) dengan betul, ia akan tak menjadi. Sebab rambut saya aslinya memang keriting. Cuma kalau nak hadiri majlis yang besar-besar barulah saya berdandan rapi.
“Tapi saya tidak nafikan ramai juga yang mengenakan rambut palsu bila keluar. Sama ada kita perasan atau sebaliknya,” katanya kepada MH.
Nadiyah yang kini fokus mengusahakan jenama Absolut bersama suaminya yang juga pelakon, Ben Ali berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Absolut Music Festival 2022 di MITEC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadiyah juga tidak menafikan rambut akan terdedah kepada kerosakan sekiranya kerap didandan atau digayakan.
“Rambut saya dah banyak kali hampir rosak sebab terlalu banyak terdedah kepada bahan kimia bila bersiap atau perlu digayakan banyak kali ketika jalani penggambaran.
“Jadi bagi saya cukup-cukuplah. Kini rambut saya bertambah sihat dari dalam,” katanya lagi.
Sementara itu, Absolut Events & Management Sdn. Bhd. dengan kerjasama jenama ELFBAR bakal menganjurkan sebuah konsert percuma pada 4 hingga 6 November depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Acara berkenaan julung-julung kali diadakan yang menggabungkan muzik dan makanan dalam satu bumbung kepada para pengunjung yang hadir.
Antara nama-nama besar yang bakal terlibat di dalam konsert percuma itu termasuk Akim & The Majistret, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats; Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era meluahkan rasa teruja selepas melihat kebanyakan rakan artis yang menjemputnya untuk menjadi pengacara majlis pada hari berbahagia mereka kini telah atau bakal dikurniakan ahli keluarga baru.
Menurut Radin, ini adalah sebab mengapa dia amat menyayangi pekerjaannya kerana dia dapat menjadi sebahagian daripada momen indah hidup seseorang.
“Sweet memories don’t have an expiry date”. Alhamdulillah, this is why I love my job
“Saja saya share #throwbackthursday memori saya menjadi emcee untuk majlis resepsi & pertunangan rakan-rakan selebriti yang memberi amanah kepada saya bersama di hari bahagia mereka.
“Sejujurnya, saya rasa sangat happy & teruja bila dapat news mereka dikurniakan ahli keluarga baru.
“Semoga perkahwinan mereka bahagia sampai syurga. Who’s next?,” tulisnya.
Rasa gembira tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Era itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Jika dilihat pada posting tersebut, ramai diantara selebriti tempatan gemar mendapatkan khidmat Radin pada majlis perkahwinan mereka antaranya Aiman Hakim Ridza, Eyra Hazali, Fattah Amin dan ramai lagi.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis memuji cara kerja Radin selain turut mendoakan agar dia segera menamatkan zaman bujang.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon Izreen Azminda dan Intan Liana kembali mendapat perhatian selepas keduanya dipertemukan menerusi program Melodi Raya, baru-baru ini.
Menerusi potongan rakaman video yang dikongsi warga net di media sosial, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam dilihat memohon maaf secara terbuka di atas apa sahaja yang berlaku terhadap Intan.
Jelasnya lagi, ia merupakan pertemuan pertama mereka selepas beberapa tahun tidak bersua muka.
“See my reaction omg!!! Because of work be professional but dalam hati siapa tahu #melodiraya,” tulis seorang warganet di ruangan kapsyen rakaman video tersebut.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut meluahkan rasa selepas melihat rakaman video berdurasi 32 saat itu.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Sumber: Carian Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja tidak mengenali dengan pelakon Sharifah Sakinah yang sering dihimpit dengan kisah sensasi, sekali gus menjadi perhatian netizen.
Baru-baru ini, tular mengenai isu ‘body shamming’ yang semakin mendapat perhatian di laman media sosial.
Lalu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut memberikan komen dan pendapat mengenai perkara tersebut.
“Body shaming ni bukan sahaja untuk orang yang berbadan besar kadang-kadang kita mengejek atau menghina fizikal orang tu misalnya hitam, pendek, kerinting dan sebagainya tu semua body shaming.
“Macam saya sendiri pernah sahaja mengalami ‘body shamming’, netizen pernah kutuk fizikal mulut saya senget dan sebagainya.
“Pada saya, kalau orang ‘body shamming’ kita, kita maafkan saja dia mungkin cara dia melawak tidak sama dengan cara kita.
“Macam Kinah sendiri, saya tak ambil hati apa yang netizen lain cakap pasal diri saya paling penting kita kena maafkan orang lain dan kena belajar benda tu.
“Jadi kepada netizen di luar sana, Sakinah mengharap sangat pada semua untuk berhenti berkata yang tidak elok kepada selebriti lain sebab mereka pun manusia biasa juga.
“Sakinah kesian tengok artis-artis lain kena cemuhan daripada netizen, cubalah sentiasa bersangka baik dengan artis lain,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Sakinah telah ditemui MH ketika sidang media program All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Program komedi All Stars Buka Panggung akan ditayangkan pada 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).
Program ini merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.
Pentas komedi tersebut bakal dipersembahkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Datin Diana Danielle, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Ruhainies dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!