Mesti ramai yang tidak menyangka Azhan Rani masih bujang kan?

Berusia 43 tahun, lelaki yang berasal dari Tanjung Karang Selangor ini menumpukan sepenuh perhatian untuk menjaga ibu selepas kematian bapa.

Sebab itulah, soal jodoh ditolak ketepi kerana ada komitmen lebih penting untuk difokuskan.

Bagaimanapun, dalam sisi lakonan tidak dinafikan bintang yang satu ini memang tidak boleh dinafikan kredibilitinya.

Drama Nur misalnya, telah menjulang tinggi namanya menerusi watak Ustaz Hamadi.

Jadi, jom kita lihat keletah popular Ustaz Hamadi yang buatkan penonton ‘naik darah’!

1. Ziana Zain turut beri pujian

Memuat naik sedutan menyanyikan lagu Kekal oleh Ziana Zain dan apa yang lucunya, Ziana turut meninggalkan komen memuji suaranya, “Sedaaaapppp suara ustaaaddddd.”

Nah…7 Babak Menarik Ustaz Hamadi. Memang Buat Ramai ‘Naik Darah’, Ini Sebabnya!

Ads

2. Dicekik sehingga terkentut

Salah satu dialog yang paling win apabila Ustaz Hamadi mengatakan dia sedang solat Tahajud sehinggalah insiden dia dicekik oleh Ustaz Adam lalu menyebabkannya terkentut.

View this post on Instagram

dari hari tu aku dah cakap #ayahhaji ni memang tak reti nak #positifselalu .. tengok tu #ibuhajah pun sama tengok sendiri la malam ni #jomkecamayahaji #jomkecamibuhajah #repost @tv3malaysia #selamatmenonton #jumpamalamnanti #episod8 #nur2 setiap isnin-khamis jam 10:00 malam @tv3malaysia #sudi2kan #arahan @budakijat @radiusone_official @dramaradiusone @dramasangat @syafiqkylez @aamyrarosli @khiriah17 @azarazmi @fatimahabukar @jalaludinhassan @therajaatiqullah @jijiezainal @eyra.hazali @makuda_yati @hasrulnizamosman @rienadiana_ @mathnirazak7 @kunamuzani @onechinoiz @remy__maghrib @ucheefukada @eiza681 @ribenashah @imanali71 @atokrejang_73 @bunga.qu @amhus_amiegus @farishanafiadnan @joe_daim @kemaray @didiradzuan @naqi.ahmad @syrulezwan @sefikkhair @aiskrimikat

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

3. Oh sayangku, hari ini aku syantik.

Ads

4. Memulakan tanda pagar jomkecamayahaji

Aduhai Ustaz Hamadi, tidak pasal-pasal ayah haji turut diheret jadi mangsa. Katanya, Ayah Ajilah yang menjadi punca permasalahan keluarga. Betul kah?

5. Robin Hood katanya…

Ads

Ustaz Hamadi menjelaskan segala perbuatannya bersebab dan dia merupakan ‘Robin Hood’ yang mencuri untuk membantu golongan yang susah.

6. Semalam Bobo di mana?

Berjalan sambil tidur. Aduhai, ada sahaja dugaan Allah beri kepada Ustaz ya?

7. Lepas kena marah pun masih berselera malan. Siap minta dua biji telur lagi!

Foto – Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI