Uncategorized

Nah, Ini 5 Selebriti Letak Harga Paling Mahal Untuk Promosi Di Instagram

Share

Bagi anda yang pernah pasang angan untuk mempromosikan barang jualan menerusi mana-mana laman Instagram artis paling popular dunia, mungkin perlu teliti dan periksa terlebih dahulu banyak mana wang yang perlu anda bayar pada mereka. Mungkin sesuai dengan status mega-star yang dimiliki mereka, lalu rate untuk iklan promosi di Instagram juga bukanlah calang-calang harganya.

Ikuti senarai 5 selebriti dunia yang dikatakan mempunyai taraf harga paling tinggi bagi mempromosikan jenama atau produk di Instagram.

Selena Gomez

Penyanyi yang popular menerusi lagu Little Liars ini dikatakan meletakkan harga sekitar USD550,000 bagi setiap iklan yang perlu dipromosikan di IG. Seiring status Ratu Instagram yang diberikan padanya, nyata pendedahan kepada pengikut ratus juta itu menyumbang kepada harga tinggi yang diletakkan pihak pengurusan kekasih Justin Bieber itu.

Kim Kardashian

Isteri kepada rapper terkenal Kanye West ini dikatakan menawarkan harga sekitar USD500,000 bagi mana-mana para pengiklan yang mahu mengiklankan produk mereka di laman IG miliknya. Selain mengumpul aset dan harga menerusi rangkaian solekan atas jenamanya, Kim turut kumpul harta yang bukan sedikit menerusi platform media sosial.

Cristiano Ronaldo

Memiliki pengikut di IG hampir 120 juta pengikut, atlit bola sepak dunia ini menjadi antara bintang sukan yang meletakkan harga tinggi sekiranya ada pihak yang mahu mengiklankan produk mereka di IG. Difahamkan, pihak pengurusan atlit tersebut menawarkan harga iklan sekitar USD400,000 bagi sesiapa yang berminat.

Kylie Jenner

Bagai tidak mahu kalah dengan kakak sendiri, bintang realiti yang kini sudah pun mengeluarkan jenama lipstik sendiri ini turut meletakkan harga sekitar USD400,000 bagi mana-mana pihak yang mahu melakukan kerjasama iklan di laman IG.

Kendall Jenner

Super model termahal ketika ini, Kendal Jenner pula berada di tangga kelima di dalam senarai ini. Khabarnya, kakak kepada Kylie ini juga hanya akan mengiklankan sesebuah produk andai dibayar sekitar USD400,000 untuk satu posting. Sehingga kini, bilangan pengikutnya di IG sudah pun mencecah 85.2 juta pengikut!

 

Published by
Rafiq Mazlan