
Penyampai radio, Feeya Iskandar berkongsi pengalamannya ketika saat awal bergelar penyampai radio, sembilan tahun lalu.
Bintang radio itu ada berkongsi kisahnya menerusi salah satu posting menerusi Instagram.
Kongsinya, ketika itu dia masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Status 9 thn yg lepas semua org ada impian.
“Bukan senang nk gapai apa yg ada skrg ni..itu belom cerita pasal mcm mana susah nya dulu nk pergi keje masa tgh belajar dr uitm puncak ke astro 7 perhentian oi.
“Naik bus turun bas.naik pulak ktm.teksi haha tapi alhamdulillah utk sekarang,” tulisnya.
Pengalaman berharga itu turut dikongsikan bersama beberapa penyampai radio lain misalnya Reza Mohamad, Adi Fashla, Nana Mahazan dan Ray.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nasib Baik Kuku Saja Pecah, Dahi Ada Sikit Berdarah…,” – Percikan Mercun, Ramai Risau Naim Daniel Cedera

Hantaran terkini pelakon dan penyanyi, Naim Daniel menjadi sorotan warganet di media sosial apabila dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kanan dan dahi selepas terkena percikan mercun bola di halaman rumahnya, malam tadi.
Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, petik mStar berkata, insiden berlaku susulan tindakannya yang lewat membaling mercun berkenaan.
“Biasalah main mercun bola, lupa buang cepat-cepat dan ia meletup dekat tangan.
“Nasib baik kuku sahaja pecah dan dahi ada sikit berdarah… bertanda,” katanya.
Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Naim meminta ramai supaya berhati-hati semasa bermain mercun bagi mengelakkan kejadian malang seperti itu.
“Jangan main mercun… hati-hati dengan keadaan sekeliling kalau tidak jadi macam saya. Saya pun dah main bunga api sahaja sekarang ini,” ujarnya sambil berseloroh.
Terdahulu, Naim memuat naik beberapa hantaran di Insta Stories sejurus kejadian sambil menunjukkan bahagian badan yang tercedera.
Hantaran berkenaan mendapat reaksi pantas daripada peminat dan rakan artis yang tumpang simpati atas apa yang berlaku.
Malah rata-rata yang risau turut mendoakam agar bintang itu segera pulih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sering Cipta Lagu Dan Lirik Untuk Saya Nyanyikan Sendiri,” – Ayda Jebat Terbuka Berkarya Untuk Penyanyi Lain

Penyanyi popular, Ayda Jebat tidak menolak peluang sekiranya ada penyanyi lain yang mahu mendapatkan khidmatnya sebagai komposer.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat berkata, dia juga mahu meneroka cabaran baru untuk berbuat demikian selepas pernah mencipta beberapa buah lagu yang dinyanyikan sendiri.
Antaranya Tak Bisa Lepas, Mana Ada Hati, Nakal Nakal Nakal, Parah Parah dan banyak lagi.
“Saya sering mencipta lagu dan lirik untuk saya nyanyikan sendiri. Kadang-kadang lagu itu dicipta bersama komposer lain, kadang-kadang saya menciptanya sendirian. Saya pernah juga mencipta lagu kempen untuk dinyanyikan oleh saya bersama penyanyi lain.
“Jika ada penyanyi yang mahu menyanyikan lagu ciptaan saya, mungkin saya akan pertimbangkan. Tak salah untuk saya mencuba dan menambah ilmu. Saya sendiri mahu belajar banyak perkara dalam bidang muzik dan salah satunya menerusi cabang penciptaan lagu,” katanya.
Ayda, 30, ditemui di majlis pelancaran Malaysia Boleh bersama Milo di Dataran Merdeka ketika sambutan Hari Malaysia pada Jumaat.
Baru saja melancarkan single baharu berjudul Kitalah Juara sempena sambutan Hari Malaysia, lagu terbabit dinyanyikan oleh empat penyanyi berbilang kaum iaitu Ayda, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan.
“Lagu ini saya cipta dalam masa dua hari sahaja dan dibuat khas untuk Milo. Saya gembira dapat mencipta lagu ini kerana ia dapat menyerlah semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan disampaikan oleh penyanyi berbeza bangsa.
“Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi nama negara dan bangsa.
“Sebagai penggemar MILO sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui,” katanya.
Terdahulu, kempen bulan kebangsaan anjuran MILO, #MalaysiaBolehBersamaMILO di Dataran Merdeka bertukar menjadi ‘lautan’ hijau apabila dibanjiri lebih 20,000 rakyat Malaysia yang menyertai sambutan Hari Malaysia yang paling bertenaga.
Bermula hujung Ogos lalu, kempen berkenaan berjaya menyatupadukan rakyat di seluruh negara dengan siri jelajah van MILO ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO.
Pelepasan Larian Malaysia Boleh Bersama MILO telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara yang juga duta MILO® HI-FIBRE.
Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan, selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur – antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Anak-Anak Aku Tak Terlibat Dengan Pengaruh Dunia Yang Merosakkan,” – PU Abu

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berharap agar anak-anaknya, termasuk Muhammad Uwais Al-Mateen tidak mudah terikut-ikut dengan trend yang boleh melalaikan.
Pada masa sama, dia turut memberi reaksi terhadap aplikasi yang boleh menukar wajah seseorang kepada jantina berlawanan.
Malah, Abu memahami konsep perbuatan tersebut adalah haram disisi agama Islam.
“Mateen terkejut dan tak mampu berkata2 apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki even mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah HARAM.
“Moga anak2 aku tak terlibat dengan pengaruh2 dunia yg merosakkan,” tulis Abu atau nama penuhnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi itu lagi.
View this post on InstagramA post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on
Terdahulu, pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan bahawa aplikasi tersebut mengaibkan selain menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai seorang Muslim.
Jelasnya lagi, perbuatan itu bertentangan dengan fitrah manusia, meski ia hanya sekadar gambar dan bukan mengubah fizikal.
Perkara itu dijelaskannya menerusi Berita Al-Hijrah, saluran 114.
Foto/ Video: Instagram PU Abu, Berita Al-Hijrah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI