Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel reda apabila hubungan cintanya bersama si dia yang dibina sejak empat tahun lalu berakhir di pertengahan jalan.
Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharim secara terbuka mengakui dirinya yang membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut demi ‘mencari’ hala tuju hidup sendiri.
Mencari Diri Sendiri
“Ya betul, saya yang tinggalkan. Pada saya, saya juga perlu mencari sesuatu untuk diri sendiri. Apa yang sedang saya lalui ketika ini adalah proses untuk mencari diri sendiri.
“Saya reda bila tiada rezeki yang panjang buat hubungan tersebut. Saya okay sahaja. The best part is, saya masih ada orang-orang yang menyokong seperti keluarga, peminat, rakan-rakan media dan sahabat yang sentiasa doakan saya.
“Doa-doa kecil ini yang buatkan diri saya kuat,” katanya kepada MH ketika ditemui di acara House Party XO House di Petaling Jaya, pada Jumaat.
Penyanyi lagu Sumpah ini menambah, walau hati masih sayang, dia tiada hak untuk menghalang orang lain dalam menentukan hidup mereka sendiri.
Ads
“Pada saya, hidup ini harus diteruskan. Saya tidak terlalu berpegang dengan cara bila kita sayang seseorang, kita tak boleh nak melepaskan. Jika perhubungan itu tiada rezeki, kita kena terima,” ujarnya lagi.
Malah Naim menambah, dia kini mahu mulakan jalan hidup dan bersedia dengan apa sahaja yang akan mendatang.
“Boleh dikatakan juga saya terlalu sayang. Namun, bila habis sahaja tahun 2024 dan memasuki tahun 2025, saya sudah malas nak fikir.
“Ketika ini, sesiapa atau apa sahaja yang nak datang dalam hidup saya. Jika hati saya terbuka, saya akan sentiasa menerima,” katanya lagi.
Ads
Namun, pelakon drama Projek; Exit ini juga tidak menolak untuk berjodohan dengan orang baharu seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.
“Mungkin ketika ini sudah sampai seru untuk berkahwin. Kadang-kadang, kita tak tahu bila seru itu sampai.
“Sebelum ini, tiada pun rasa nak berkahwin tapi kini ada pula rasa nak berkahwin. Ini semua soal perasaan.
“Namun, ketika ini saya belum nak mencari pasangan hidup. Saya nak fokus dengan apa yang perlu saya buat sekarang.
Ads
“Namun, kalau sudah sampai masa untuk saya berkahwin, sudah tentu saya akan menjadi orang yang paling gembira,” katanya.
Karya ‘Lelaki Gila’
Naim turut menterjemahkan emosinya menerusi karya terbaharu, ‘Lelaki Gila’.
“Ya saya patah hati. Kata orang, bila sedih ini, baik buat lagu. Saya pegang kata-kata itu. 2024 merupakan titik terendah saya dari segi kehidupan dan percintaan.
“Saya belum betul-betul move on tapi masih dalam proses. Apa yang ada dalam hati ini Allah sahaja tahu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial telah memut naik satu rakaman video yang memaparkan salah satu babak dari telefilem, Ayah Dari Langit di laman media sosial Twitter.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan pelakon Ellie Suriaty seperti sedang mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramli dalam telefilem tersebut.
“Pegh boleh tahan drama baru Astro dekat Astro Citra, pasal agama sesat.
“Harap Ellie Suriati tak cium betul lah kaki Adlin Aman Ramli. Hahaha movie ni rasanya adapted from kisah Ayah Pin aku rasa,” tulisnya.
pegh boleh tahan drama baru Astro dekat Astro Citra, pasal agama sesat, harap Ellie Suriati tak cium betul lah kaki Adlin Aman Ramli. Hahaha movie ni rasanya adapted from kisah Ayah Pin aku rasa lah pic.twitter.com/wJHipvRNOZ
Kumpulan Coex diumumkan sebagai peserta kelima yang tersingkir daripada Big Stage 5, malam tadi sekaligus gagal bersaing di peringkat suku akhir, minggu hadapan.
Coex menyampaikan lagu Cupid yang dipopularkan oleh Fifty Fifty tersingkir selepas menduduki tiga tempat tercorot di samping Aufahanie dan Dem Lepak Boyz.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional minggu ini;
1. Nadeera Zaini – 97.67%
2. Firdaus Rahmat – 85.00%
3. Waode – 84.33%
4. Hoondoo – 82.67%
5. Putera Muhammad – 80.00%
6. Puteri Khareeza – 69.00%
7. Aufahanie – 67.00%
8. Dem Lepak Boysz – 60.33%
9. Coex – 57.33%
Bertemakan Selebriti Memilih, kesemua peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Misha Omar.
Sementara itu, Nadeera memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Minggu hadapan, para peserta akan menyanyikan lagu-lagu pilihan juri dalam saingan suku akhir.
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara jarang muncul di kaca televisyen mahupun mana-mana platform media sosial, pelawak, Arin Auji menafikan khabar angin yang mendakwa dia telah pun meninggal dunia.
Menurut Arin, dia kini masih masih lagi sihat dan menjalani kehidupannya seperti biasa.
Katanya lagi, dia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang perihatin dan mengambil berat mengenai dirinya.
“Hai, Assalamualaikum. Terima kasih kepada yang bertanya saya ada di mana. Saya ada sahaja di sini. Tak berganjak lagi.
“Yang cakap saya dah arwah tu tak mengapalah. Kecil punya hal. Janji Allah selalu ada dengan saya,” katanya.
Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Arin menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Arin yang juga bekas peserta Raja Lawak musim ke-2 itu memberitahu, dia langsung tidak berkecil hati dengan dakwaan tersebut.
Sebaliknya menyerahkan segala kepada Allah SWT.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menzahirkan rasa rindu terhadap gelagat dan telatah lucu dario Arin.
“Mantap bang. Semoga sihat selalu dan sentiasa dirahmati Allah.
“Abang Arin. Pelwak favourite saya. Rindunya zaman tiada internet dulu. Rajin tengok lawak-lawak abang. Semoga sihat selalu.
“Semoga dipermudahkan segalanya bang. Rezeki Allah tu luas bang. Semoga terus maju dan sukses.
“Allahuakbar, Abang lagend ni. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih lebih 30,000 jumlah tontonan.
Dalam perkembangan lain, Arin difahamkan sedang membintangi sebuah filem pendek yang berjudul Pipe On yang kini ditayangkan di saluran Youtube, Zul Huzaimy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Arin Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikritik gara-gara babak mencampak bayi, pengarah, Feroz Kader tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sewaktu penggambaran drama Dia Imamku.