Hiburan

Najwa Latiff Keguguran, Mohon Ruang! – “Biarlah Kami Bersedih Dalam Diam.”

Share

Impian untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila penyanyi Najwa Latiff memaklumakan dirinya mengalami keguguran.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Najwa menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya dan suami.

“Saya ingin maklumkan kepada kalian semua. Ketika ini, saya tak boleh nak bercakap dengan sesiapa. Saya baru sahaja mengalami keguguran.

“Sejujurnya saya tidak merancang untuk berkongsi mengenai perkara ini kerana ia sangat peribadi buat saya dan suami.

“Namun, saya sangat menghargai kata-kata semangat yang kalian berikan. Terima kasih kerana memikirkan mengenai saya ketika detik sukar ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Najwa turut memohon kepada semua pihak untuk memberikan mereka ruang untuk menghadapi detik sukar ini.

“Jika tidak keberatan, biarlah kami bersedih dalam diam. Selitkan kami dalam doa kalian. Semoga niat baik dan doa anda kembali kepada anda semula,” kongsinya lagi.

Untuk rekod Najwa dan suaminya yang juga penyanyi, Akwa Ariffin mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini

.
Published by
Aizam Manaf