Penyanyi, Najwa Mahiaddin mendedahkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menceburi bidang politik.
Menurut Najwa, dia akan tetap memberikan fokus terhadap kerjaya seni dan belum bersedia untuk menceburi bidang lain.
“Saya tak reti nak berpolitik. Secara peribadi, jiwa saya memang lebih tertumpu kepada bidang seni,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Got To Go ini turut memberitahu, meskipun dirinya lahir daripada keluarga ahli politik, namun, dia tidak pernah rasa tertekan untuk melakukan perkara yang disukainya itu.
“Saya tak rasa sebegitu kerana keluarga saya memang sangat faham yang saya memang tidak mempunyai minat ke arah politik. Mereka memang menyokong kerjaya seni saya sejak awal lagi.
“Mereka tahu saya sukakan bidang seni. Bila saya masuk ke universiti pun saya belajar mengenai muzik.
Ads
“Jadi, saya tidak pernah rasa tertekan dan keluarga pun tak pernah memaksa saya untuk menceburi sesuatu bidang itu kerana mereka tahu saya sudah ada pilihan sendiri,” ujarnya lagi.
Najwa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Rahsia yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, Najwa turut memaklumkan status ibu sedikit sebanyak membataskan dirinya bergiat aktif dalam bidang seni
Ads
“Buka masa sekarang, saya masih lagi mencari keseimbangan diantara kerja dan keluarga. Sebelum ini, kita harus melalui fasa pandemik COVID-19. Jadi, kita memang tak keluar sangat dan fokus saya lebih kepada keluarga serta anak-anak.
“Kalau saya terpaksa keluar bekerja, ibu saya yang akan menjaga anak saya kerana saya tiada pembantu dan segalanya saya buat sendiri.
“Adik-beradik lain pun ada membantu juga. Saya mahu gunakan kesempatan ini untuk lebih dekat dengan anak saya. Sekarang pun dia sudah faham bila saya harus keluar bekerja,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Najwa turut berharap agar single terbaharunya yang berjudul Alunan Lara yang menjadi lagu runut bunyi bagi filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk mengatur semula kerjaya seninya.
“Ketika fasa pandemik, saya pula mengangdung. Memang waktu rehat itu agak lama. Namun, saya tetap mempunyai kerja seni di belakang tabir yang tidak memerlukan saya untuk ke hadapan.
“Mungkin baru sekarang pihak media dan peminat dapat melihat saya kembali. Saya juga banyak melakukan kerja-kerja di studio yang bakal keluar tidak lama lagi
“Disebabkan fokus untuk membersar anak, saya kini masih merancang untuk menghasilkan lagu baru. Jadi, saya harap lagu Alunan Lara yang menjadi OST untuk filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan dan hos, Neelofa sejak kebelakangan ini mencuri tumpuan ramai apabila dilihat mula mengenakan sarung kaki di dalam setiap penampilannya.
Perkara tersebut kini boleh dilihat menerusi kebanyakan perkongsian foto outfit of the day (OOTD) yang dimuat naik figura asal Kelantan ini.
“Maximises comfort and keeps your look polished. @naelofar #GoNaelofar #NaelofarRTW,” tulis Neelofa menerusi satu hantaran IG yang memuat naik beberapa keping gambar.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan pengacara Next To Neelofa ini yang dilihat mengenakan stoking bila mana mengenakan seluar paras buku lali.
Sementara itu menerusi salah-satu komen daripada posting sama, Neelofa turut dilihat memberikan reaksi ringkas terhadap perkara tersebut.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 200,000 tanda suka daripada pengguna Instagram.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telah pun diumumkan pada Khamis lalu.
Antara anak selebriti yang menjadi tumpuan ialah seperti penyanyi Datuk Nora dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Kedua-dua selebriti popular itu berbangga dengan pencapaian anak masing-masing yang lulus semua mata pelajaran.
Berkongsi sama pengalamannya dalam bidang akademik, pelakon Nad Zainal mempunyai pendapatnya tersendiri berhubung keputusan SPM.
Dalam entri itu, Nad memuat naik ketika zaman remajanya, yang mana dia merupakan antara pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik sebelum keputusannya sedikit ‘merosot’ ketika berada di Tingkatan 4.
Menurut pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu, dia menitipkan pesanan buat generasi muda agar tidak terlalu mengejar gred A, sebaliknya lebih memberikan fokus terhadap bidang yang menuntut skil dan kemahiran tertentu.
“Gadis skema, membaca buku atau baca majalah HYPE dan Utopia sahaja. A sentiasa dalam genggaman. Top skor 10 markah tertinggi sudah pasti.
“Masa ini cita-cita peguam. Macam penternak kucing bukan? Tapi bila 16 tahun jadi kurang bijak akademik, bijak berangan.
“Rupanya… lakonan bidang yang sesuai, industri seni.Keluarga saya tak ada satu pun berdarah seni.Adik-adik, carilah minat anda, gali kelebihan diri.
“Bukan kejar A semata-mata.Tak semestinya tak banyak A, tak jadi manusia ya adik?
“Banyak bidang yang menuntut skil atau kemahiran,” tulisnya di Instagram.
Dalam entri yang sama, pelakon berusia 32 tahun itu juga menanam impian agar kedua-dua anaknya, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1, mempunyai profesion yang berkemahiran tinggi, tidak tipikal seperti kebanyakan ibu bapa yang mahukan anak-anak menceburi bidang profesional seperti doktor, peguam atau akauntan.
“Saya harap semoga Som (Budi Kalsom) jadi cef atau pereka fesyen dan Yem (Fahad Ibrahim) pula jadi pelukis komik atau ahli muzik mungkin,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meriah! Itulah yang dapat digambarkan apabila penyanyi popular, Baby Shima tampil menghiburkan kira-kira 35,000 penonton dalam konsert sempena Lowcost Fiesta Tour di Padang Pekan Kunak, Sabah, pada 12 Mac lalu.
Membawakan lagu-lagu irama dangdut, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menampilkan persembahan cukup luar biasa dan bertenaga.
Shima yang merupakan satu-satunya artis yang membuat persembahan di konsert tersebut membawakan lagu seperti Pura-Pura Bujang, Kopi Dangdut, Aya Susanti, Madu Tiga, Yang Penting Happy dan Ada Gajah Di Balik Baru.
“Terkejut saya. Tak sangka hampir 35,000 penonton hadir menonton persembahan saya secara langsung. Terima kasih semua penduduk Kunak yang hadir.
“Terima kasih juga pihak penganjur kerana mempercayai bakat Shima yang merupakan satu-satunya artis pada malam konsert ttersebut ,” katanya.
Dalam pada itu, Shima juga mengakui kecaman-kecaman yang dilontarkan kepadanya sebelum ini sedikit sebanyak membuatkan dia risau dengan penerimaan peminat.
“Apa yang membuatkan saya terharu apabila ramai peminat datang meskipun saya sering dikecam apabila banyak isu ‘panas’ mengaitkan diri saya.
“Tidak ada yang lebih menggembirakan seseorang penyanyi apabila dia terus dihargai peminat. Tanpa peminat siapalah saya.
“Sebagai manusia biasa tak ada yang sempurna. Kepada yang suka menghentam saya dengan kata-kata kecaman, saya tak mampu menghalang mereka. Dalam masa yang sama, kecaman tak datangkan kudis kepada saya.
“Setiap kecaman membuatkan saya lebih kuat. Manakala pujian yang diberikan pula tidaklah membuatkan saya rasa hebat. Ini kerana semua orang ada kelemahan mmasing-masing,” jelasnya lagi.
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, pelakon filem Biko ini berharap netizen turut menghayati bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sempena bulan Ramadan, rasanya lebih baik kita semua sucikan hati.
“Kurang-kurangkanlah mengecam, menghina dan memfitnah terutamanya dalam media sosial. Saya tak tujukan kepada siapa-siapa, cuma untuk peringatan kita bersama,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!