“Nak Abah Tengok Adik Kahwin Sekali Lagi,”- Intan Liana Salih Seloroh, Usik Bapa Kahwin Baru

Share

Intan Liana Salih ada berkongsi foto bersama bapanya baru-baru ini di Instagram. 

Foto tersebut melihatkan bekas isteri pemuzik bebas,Ude Wahid itu menitipkan ucapan hari jadi buat ayahnya.

“Happy birthday en saleh bin abu..semoga Allah panjangkan umur abah & stay hensem macho macam selalu..

“Terima kasih atas segalanya..Sentiasa ade ketika adik dalam keadaan kehampaan.

“Adik sayang abah!! I love you so much en saleh (tulis camni tapi abah takde ig).

“Kita tinggal abah je sorang…Adik nak abah tengok adik kahwin lagi sekali,” tulis Intan.

Menerusi ruangan komen pula, netizen turut memberi ucapan hari jadi kepada bapa Intan dan mendoakan agar ibu kepada dua orang anak itu dikurniakan jodoh baru.

Terdahulu, Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu.

Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4 tahun  dan Ariq Muqri, 2 tahun.

Foto : IG Intan Liana 

Published by
Amynur Akmal