Genap setahun arwah adik, Jefri Adzman pulang ke pangkuan Yang Maha Esa, Datuk Afdlin Shauki mengakui masih terkesan akan kehilangan.
Tidak pernah sehari terpadam kerinduan yang semakin membara.
Malah ada kalanya dia hampir terlepas laku apabila ingin menghubungi si adik tatkala menerima perkhabaran baik, namun segera kembali ke alam nyata bahawa adiknya telah meninggal dunia.
“Hari ni genap setahun adik saya Jefri Adzman pulang ke Rahmatullah. Rindu kepadanya masih tak terpadam dan makin membara. Such a beautiful soul yang berjiwa lembut dan sentiasa berfikir pasal hal ehwal orang lain.
“Sekali sekali bila excited atas perkhabaran baik atau ada masaalah menimpa diri ini secara otomatik nak angkat fon untuk call dia… tapi kemudian tersentak kerana hakikatnya dia sudah tiada bersama.
“I will always love you baby brother and yeop doakan Jep tenang di sana bersama roh-roh orang beriman. Al-fatihah,” kongsi Afdlin.
Terdahulu, pelakon berusia 48 tahun ini kehilangan arwah adiknya, Jefri Adzman Aksan dalam insiden kemalangan jalan raya pada 12 Jun tahun lalu.
Foto : Instagram Afdlin Shauki