Usahawan dan personaliti media sosial, Farah Lee berpendapat sebagai ibu bapa, mereka tidak sepatutnya terlalu berkira terutamanya bila melibat soal pendidikan dan kebajikan anak-anak.
Malah, Farah turut menyifatkan anak-anak juga merupkan pintu rezeki kepada sesebuah keluarga.
“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulisnya.
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar itu turut menekankan anak-anak merupakan amanah daripada Allah dan perlu dijaga dengan sebaiknya.
“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.
“Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.
Ads
“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut berkongsikan mengenai kisah hidup masing masing.
Ads
Terdahulu, Farah dan Ally telah mendirikan rumah tangga pada 2012 namum memutuskan untuk bercerai pada 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Maream Esabel.
Sumber: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berada di luar norma rutin bayi yang terpaksa berhadapan dengan bunyi bising dan orang ramai, Datin Seri Umie Aida menjelaskan anak perempuannya, Nur Aisya yang baru berusia tiga bulan sering meragam dan sukar menerima persekitaran baru.
Jelasnya lagi, dia mula membiasakan si comel dengan membawanya ke mana sahaja dan syukur, Aisya sudah mula menunjukkan perubahan positif.
“Dari lahir sampai umur 3 bulan lebih…makan tido makan tido je. Tak jumpa orang langsung. Jadi aisya jenis tak suka bunyi bising atau jumpa orang ramai.
“Bila bawa majlis aisya sudah bikin konsert..suara level celine dion. Aduhhh… ! Bila masuk keta dia akan senyap. Hmmm… payah tu.
“Jadi me telah fikirkan cara nak bagi aisya mesra alam. Me masukkan class little gym.. memang bagus class tu. Pastu me bawa mana saja me pegi.
“Memang pada mulanya aisya akan buat konsert.. tapi lama kelamaan dia sudah mula okay dgn alam sekeliling. Cuma dengan mak cun dia tak berapa ok.. sebab mak cun suka gomol pipi dia,” tulis Umie.
Mengimbau kembali detik cemas yang berlaku kira-kira setahun lalu, pengacara Iesya Toh berkongsi perkembangan terkini anaknya, Harraz Daiyan yang melecur akibat air panas.
Jelasnya, ia memberikan banyak pengajaran buat dirinya serta suami agar lebih berhati-hati di masa hadapan.
Tambahnya lagi, memang lumrah anak sedang membesar punya sifat ingin tahu, namun ibu bapa harus peka.
“Setahun lepas, nightmare, bile pak sheikh melecur air panas.. Tak pernah lupa apa yg jadi hari tu. Pengajaran dari Allah utk kami lebih berhati2.
“Anak2 nak membesar mmg sgt cepat tangannya.. die mencuba n ingin tahu.
“Parents xboleh leka. Jgn sesekali letak benda yg boleh mendtgkan bahaya buat mereka! Hari ni pak sheikh mmg faham maksud HOT / PANAS! Dgn adik die, @hafiya_daisha pun die jaga!
“Alhamdulilah hari ni semakin hilang dah bekas tu. Doc kata amek masa 2-3tahun jugak. Alhamdulilah terima kasih pada semua yg Kirim kan mcm2 lotion, cream, air buat @harraz_daiyan time tu. Moga Allah mewahkan rezeki anda semua. Aamiin,” tulisnya.
Bakal menimang cahaya mata pertama sekitar Ogos depan, penyampai berita TV3, Intan Ezreena Amir Hamzah tetap menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang wartawan.
Mana tidaknya, meski sarat hamil enam bulan, namun Ezreena dilihat berasak dikelilingi orang ramai di sekitar ibu kota bagi mendapatkan maklumat.
“Bila kau nak record video standupper sendiri tapi semua pun nak join sekali. ? Thank you kawan2 yang concern sis berpanas dan bersesak tatkala mengandung 6 bulan. Diorang semua okay je. Ada bagi tisu, ada bagi air mineral. Kita layan baik2, diorang pun baik2 insyaallah. Semua excited nak mengundi je tu. Sis pun seronok je tgk kemeriahan tadi.
“Pemilihan awal calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia 2019 di Kedutaan Besar, Kuala Lumpur,” tulisnya.
Video tersebut memaparkan kesibukan Ezreena dalam menjalankan tugasan luar bagi mendapatkan maklumat dan berita berhubung isu negara Indonesia dalam pemilihan calon Presiden dan Naib Presiden.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 3,000 tontonan selepas dimuat naik semalam.
Video: IG Ezreena Amir Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!