Seperti yang diketahui, kisah rumah tangga melibatkan pengacara dan pelawak, Shuk Sahar bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah menjadi bualan hangat sebelum ini.

Insiden berlaku selepas Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar didakwa berlaku hingga peminat ada membuat spekulasi sendiri.

Bagaimanapun, Shuk mengakui kekhilafan diri, seterusnya menjadikan perkara tersebut sebagai satu iktibar buat dirinya.

“Bila terjadinya perkara macam ni membuat saya sedar apa yang paling penting dalam hidup ini adalah keluarga.

“Sebab apa pun yang berlaku percayalah kalau tiada keluarga yang bersama dengan kita, kita tidak akan kuat,” kongsi bintang berusia 35 tahun ini.

“Nak Bagi Pedoman Saya Tak Tahu, Nak Nasihatkan Orang Lain Pun Saya Tak Tahu,” – Berani Buat Beranilah Tanggung, Ini Perkongsian Shuk Sahar

Ads

Dalam pada itu, pengacara kelahiran Pulau Pinang ini turut meluahkan rasa syukur kerana si isteri masih menerima dirinya meski pernah melakukan kesilapan dalam rumah tangga.

“Isteri masih berada bersama dengan saya, jadi syukur alhamdulillah. Masih lagi menerima diri saya seadanya. Saya bersyukur raya tahun ini saya akan dapat beraya bersama-sama dengan keluarga,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuk menambah golongan lelaki harus berani menanggung segala risiko dan kesan andai pernah melakukan kesilapan.

Ads

“Saya nak bagi pedoman pun saya tak tahu, saya nak nasihatkan pada orang lain pun saya tak tahu. Saya tak pandai nak bagi nasihat.

“Cuma saya nak cakap kalau kita berani buat berani tanggung. Kita yang beli beras,” katanya kepada MH.

Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Ads

“Nak Bagi Pedoman Saya Tak Tahu, Nak Nasihatkan Orang Lain Pun Saya Tak Tahu,” – Berani Buat Beranilah Tanggung, Ini Perkongsian Shuk Sahar “Nak Bagi Pedoman Saya Tak Tahu, Nak Nasihatkan Orang Lain Pun Saya Tak Tahu,” – Berani Buat Beranilah Tanggung, Ini Perkongsian Shuk Sahar

Terdahulu, Shuk telah di pelancaran kempen jualan Ramadan Raya 2021 bersama duta Jakel, di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat sempena musim perayaan ini.

Selain Shuk, rakan selebriti seperti Nabil Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Hairul Azreen, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana turut menjadi duta busana raya jenama berkenaan pada tahun ini.

“Nak Bagi Pedoman Saya Tak Tahu, Nak Nasihatkan Orang Lain Pun Saya Tak Tahu,” – Berani Buat Beranilah Tanggung, Ini Perkongsian Shuk Sahar “Nak Bagi Pedoman Saya Tak Tahu, Nak Nasihatkan Orang Lain Pun Saya Tak Tahu,” – Berani Buat Beranilah Tanggung, Ini Perkongsian Shuk Sahar

Foto: Instagram Shuk Sahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI