Penyanyi Baby Shima tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila sudah dapat beraya sakan selepas dua tahun tidak dapat menyambut Syawal.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia mengambil cuti selama seminggu bagi meluangkan masa berhari raya di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor sebelum terbang ke Indonesia selepas itu.
“Kerja memang banyak tapi mahu atau tidak, tetap kena cuti memandangkan sudah dua tahun tak dapat beraya bersama keluarga.
“Insya-Allah selepas seminggu beraya di sini, saya akan terbang ke Indonesia. Untuk balik dan tengok rumah yang ditinggalkan di sana selama dua tahun sejak pandemik melanda,” katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan lain, Shima turut mengeluarkan single raya berjudul Pulang yang diharap dapat memenuhi citarasa pendengar muzik tempatan.
“Anda kena dengar lagu raya saya. Memang best. Saya yakin anda akan komen lagu yang paling terbaik adalah lagu Pulang. Lagu saya paling best.
“Saya yakin bila anda dengar pasti apabila jalan akan terngiang-ngiang, ternyanyi-nyanyi lagu ini,” katanya.
Pulang ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/hmMve4skg5U
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Jadi Kelebihan Bulan Asyraff, Syafiq Sahli & Shazreen Shaharum, Intai Peluang Ke Gimme The Mic Global!
Juri sepakat untuk tidak melakukan penyingkiran menerusi saingan minggu ketiga program realiti, Gimme The Mic Malaysia, yang bersiaran secara langsung dari Auditorium CIDB, Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.
Sekaligus, ia memberi peluang kepada 14 peserta bertanding untuk mara ke minggu seterusnya bagi merebut gelaran juara pertama Gimme The Mic Malaysia dan meneruskan cabaran ke Gimme The Mic Global.
Bagi tiga pesertanya iaitu Bulan Asyraff, Syafiq Sahli dan Shazreen Shaharum, masing-masing optimis meneruskan saingan seterusnya berjanji untuk memberikan persembahan terbaik minggu hadapan.
Black berikan nama ‘Bulan’, seorang penyanyi jalanan
Menduduki dalam senarai enam peserta teratas yang meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 62.27%, Bulan Asyraff sebelum ini pernah menyertai beberapa program realiti.
Rupanya, ‘Bulan’ yang digunakannya sebagai nama komersial telah diberikan oleh penyanyi Black Hanafiah sewaktu dia awal-awal menyertai pertandingan nyayian dan dia berjanji untuk terus mengekalkan nama itu sampai bila-bila.
“Memang saya aktif menyanyi dan sering buat ‘busker’ di merata-rata tempat. Selagi ada ruang dan peluang, saya akan cuba. Saya penyanyi sepenuh masa dan ini cara saya cari makan.
“Apa pun, masih banyak yang perlu saya belajar dan tak mahu selesa dengan pujian meski ramai yang kata tone suara saya unik. Cuma bagi saya, ia satu kelebihan dan rezeki dariNya.
“Bila dapat buat Bunga Citra Lestari (BCL) menangis ketika membuat persembahan, saya bersyukur bila ada yang dapat menghayati, tapi risau juga sebab semestinya jangkaan juri dan penonton akan lebih tinggi untuk minggu seterusnya,” katanya.
Sama seperti peserta lain, Bulan turut pasang impian melangkah sehingga ke peringkat Gimme The Mic Global.
“Saya sangat berharap… Bergelar juara itu rezeki. Ini impian dan cita-cita saya bila berada dalam pertandingan ini. Semestinya, ia pencapaian terbesar di dalam hidup,” katanya.
Terdahulu, Bulan Asyraff menyampaikan lagu I Got You (I Feel Good) yang dipopularkan oleh James Brown.
Syafiq Sahli dari dunia lakonan, aktiviti paranormal & nyanyian
Bagi peserta berusia 38 tahun ini pula, dia optimis untuk terus meneroka peluang yang ada, termasuk menerusi platform media sosial seperti TikTok.
“Saya memang nak besarkan empire ‘live streaming’ saya di TikTok. Sebenarnya nyanyian bukan menjadi konten utama memandangkan saya lebih cenderung dengan program eksplorasi paranormal.
“Cuma buat masa ini, saya rehat sekejap daripada meneruskan aktiviti tersebut khusus bagi memberi tumpuan terhadap Gimme The Mic. Meski ramai peserta yang hebat namun itu bukan alasan untuk saya sama-sama bersaing,” katanya.
Dalam pada itu, Syafiq akui pengalamannya sebagai pelakon membantu untuk mencantikkan persembahannya tiap minggu.
“Sebenarnya saya sudah 12 tahun ada pengalaman sebagai pelakon dan telah diajar secara teknikal untuk menghayati perasaan. Lalu ilmu yang ada saya cuba untuk terjemahkannya di atas pentas.
“Mungkin kekuatan saya bukan dari sudut vokal tapi untuk sisi penghayatan dan mood, kelebihannya ada di situ dan moga dapat menambat hari para juri,” katanya yang tidak terkesan dengan kritikan netizen yang memintanya untuk fokus dalam lakonan sahaja selepas ini.
Ijazah Pendidikan Muzik, Shahreen Shaharum intai peluang bergelar penghibur
Sementara itu, Shazreen Shaharum, 28, mahu membuktikan kebolehannya di pentas lebih besar meski pernah menyertai pelbagai program realiti nyanyian sebelum ini.
Baginya, peluang membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton secara langsung mampu memberi keyakinan kepada mana-mana individu yang mahu ke depan.
“Pada saya, Astro dan Tik Tok merupakan platform yang sangat besar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mencari peluang rezeki di media sosial. Ia jadi ruang kepada saya juga untuk lebih dikenali sebagai dapat ambil ilmu baharu.
“Saya memang suka menghiburkan orang dan punya impian untuk bergelar penghibur. Idola saya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan Aina Abdul,” katanya.
Tambahnya lagi, untuk menjadi penghibur yang mempunyai identiti tersendiri, dia perlu berani bereksperimen dari segi imej bagi memberikan kelainan dalam persembahan.
“Saya sangat suka dengan benda-benda yang cantik dan ekstravaganza. Bila menyanyi, saya perlu kelihatan cantik untuk menambahkan keyakinan.
“Malah saya terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pereka fesyen. Jika mereka nak berkarya tapi tak tahu nak perkenalkannya di platform mana, beri rekaan anda kepada saya,” katanya lagi.
Dia yang mesra disapa Shaz turut berharap agar peminat dapat memberikan sokongan untuk mara ke peringkat global.
“Tanya mana-mana peserta pun mereka pasti nak ke peringkat global. Saya tak pernah lagi mewakili negara ke luar. Kalau ada rezeki, ada yang sudi undi dan suka dengan persembahan saya, doakanlah yang terbaik,” katanya lagi.
Semalam, Shaz meraih markah sebanyak 64.24% menyampaikan lagu I L U dendangan asal Aepul Roza.
Juara TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM9,300 (AS$2,000) daripada Tiktok selain tawaran projek lagu single tajaan Astro dan Rocketfuel.
Sementara Enam peserta terbaik pula bakal dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam saingan Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Kesemua peserta diadili juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan BCL dari Indonesia.
TikTok LIVE Astro Gimme The Mic Malaysia bakal bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan On Demand. Penonton juga boleh strim di Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Turut Dihadiri Kedua Isteri, Ini Sekitar Majlis Hari Jadi Anak Ashraf Muslim. Meriah Habis!
Terbaru, pelakon Ashraf Muslim atau nama sebenar Mohd Ashraf Muslim telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Pelakon yang berasal dari Teluk Mas, Melaka itu telah menyambut hari kelahiran salah seorang puterinya bernama Sarah Ashraf yang ke-5 tahun.
Walaupun majlis hari jadi tersebut di sambut secara kecil-kecilan namun ia tetap kelihatan meriah dan ceria.
Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan runah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf.
Foto : Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
K-Clique Ungguli Trofi, Ayie Floor 88 Muncul Selepas Pengsan, Ini Corat Coret EDMA 2019!
K-Clique ungguli Era Digital Muzik Awards (EDMA 2019) dengan memenangi dua kategori, Lagu Featuring Hit dan Rappers Paling Onz mengenepikan Ara Johari, Ismail Izzani, Naim Daniel dan Aman Ra.
Haqiem Rusli mendapat undian paling tinggi bagi kategori Fan Club Paling Ngam dengan jumlah undian online sebanyak 609,531.
Ayie Floor 88 antara yang menjadi perhatian apabila muncul di atas pentas dengan lagu Hutang selepas pengsan di atas pentas sewaktu persembahan di Negeri Sembilan beberapa hari lalu.
Ini senarai pemenang EDMA 2019 :
Lagu Featuring Hit – K-Clique ft Aliff
Fan Club Paling Ngam – Haqiem Rusli
Artis Baru Baek – Luqman Faiz
Rappers Paling Onz – K-Clique
Lagu Viral Onzz – Donde – Andi Bernade
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI