Penyanyi, Ara Johari telah mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik gambar bersama seorang jejaka, Idzwan Shah di Instagramnya dengan emoji ‘bunga mawar’.
Bagaimanapun, Ara menjelaskan bahawa Idzwan merupakan sahabat rapat dan mereka sudah berkawan lama.
“Dia kawan baik saya sendiri. Kawan baik lelaki. Kalau saya sedih atau saya tengah down, dia sentiasa ada dengan saya,” kata Ara kepada MH .
“Kalau ada jodoh ada lah, semua itu Allah yang tentukan, tapi perancangan nak mendirikan rumah tangga lambat lagi mungkin empat atau lima tahun lagi,” jelas Ara ketika ditemui di The Bee, Publika sempena dengan perkenalan barisan artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.
“Saya seorang yang friendly dan berkawan dengan semua orang, tak kisah lelaki tau perempuan, cumanya sekarang saya masih single dan mahu fokus pada kelurga dan kerjaya dulu,” kongsi Ara.
“Bagi saya, niat nak bawa ibu bapa pergi umrah, belikan kereta dan rumah.. Bila dah tercapai semua itu, barulah saya fokus ke arah mendirikan rumah tangga,” jelas Ara lagi.
Dalam perkembangan lain, Ara akan berkolaborasi dengan Sufi Rashid, Masya Masyitah dan Usop untuk lagu Raya berjudul Sempurnakan Seadanya.
Foto : Instagram Ara Johari