Seperti yang diketahui, pelakon Abby Abadi kerap cuba memberikan bantuan kepada mana-mana pasangan yang ingin memiliki anak selain menjalankan perniagaan sendiri bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakari.

Difahamkan, niat pelakon berusia 42 tahun itu sekadar untuk membendung daripada gejala pembuangan bayi berlaku dalam kalangan masyarakat selain membantu.

Lalu, bintang drama bersiri Gerak Khas ini mengambil insiatif untuk menghulurkan bantuan dengan memberi bayi yang memerlukan penjaga kepada keluarga berkemampuan yang ingin menimang cahaya mata.

Menurut Abby, ada segelintir pihak yang mempersoalkan kos bayi yang telah ditetapkan olehnya.

IKLAN

Bagaimanapun, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan kos rawatan berkenaan adalah merupakan kos rawatan bersalin serta berpantang.

“Sayang dulu Doakan Mama Yebby ni ye. Mcm banyak je perkara tak terkejar ni
1. Paid Review yg bertangguh sabar ye. Sy usahakan sebelum cuti sekolah 20hb ni. 2. Barang dapur tak beli lagi ni hehe

“3. Rumah Kedai di Ukay Perdana, byk yg kosong tp kalau ada ownernya/ siapa2 nk sewa murah2 bgtau k hehe.. nk letak barang

IKLAN

“4. Baby girl haritu dah selesai ye dah ada yg ambil. Bilnya dekat rm6k. Syukur ada yg sudi . Skrg takde baby .. jgn dm

“5. Yg bergaduh2 pasal kos baby, yg nk baby tp nak baby seiklas hati, sila beranak sendiri ye.. dgn sy dah tentu ada kos demi menyelamatkan baby dari dibuang sbb maknya kurang kemampuan utk menjaga termasuk dari segi keewangan. Kos bersalin (memang tentu beribu2 selalunya + kos utk bantu mak baby waktu berpantang. Kalau BM minta bukan2 pun Sy tak layan.. tp bukanlah seiklas hati ikut Mak Angkat nak kasi.. kalau bg rm200, rm500, abis kos hospital semua siapa nk tanggung? aiyoook

IKLAN

“Dan satu lagi kalau ada yg cari kerja sbg Pengasuh/Pembantu rumah.. buleh DM Sy ye. Ada madam (Indian) sedang mencari, ada yg Mummy melayu pun sedang mencari juga. Kemasukkan segera,” tulisnya panjang lebar.

https://www.instagram.com/p/CDkXLXOD3gA/

Video: Instagram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI