Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang digunting rambutnya.
Menurut Wawa, Aeril berbuat demikian sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru.
“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut.
“Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa menerusi video yang kini sudah pun mendapat lebih 200,000 tontonan itu.
Menerusi ruangan kapsyen, Wawa bertanya kepada peminat apakah yang dilakukan mereka.
“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pandangan dan kurang yang berpendapat Aeril kelihatan lebih kacak apabila berambut kemas pendek.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Share With You My Petua,” – Jelita Pada Usia 45 Tahun, Noryn Aziz Tak Lokek Kongsi Rahsia
Penyanyi Noryn Aziz berkongsi antara rutin cantik yang diamalkannya sejak meniti usia 30-an.
Menurut Noryn, petua yang dinamakan sebagai ‘facial ice” ini yang dipraktikkan setiap pagi bagi menyegarkan kulit wajah.
Perkara tersebut dikongsikan bintang yang sinonim menerusi lagu Fantasi Oh Realiti ini menerusi Instagram
“Noryn nak share with you my ‘petua’ that i do every morning without fail. Tapi ni sikit je, kalau nak tahu lebih, nanti i share dekat my YouTube Chanel. Nak tak?,” tulisnya.
Menerusi video tersebut, Noryn turut merendamkan wajahnya sekitar 10 hingga 15 saat, bergantung kepada ketahanan masing-masing.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat tontonan lebih 30,000 kali.
Ikuti juga versi penuhnya di sini;
Foto: Instagram Noryn Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Iklan Mega Satukan Yayan Ruhian & Beto Kusyairy, Memang Another Level!
Terkenal dengan strategi menampilkan artis popular di dalam mempromosikan produk makanan dipasarkan, jenama Pak Mat Western (PMW) Cafe terus disifatkan sudah berada di tahap ‘another level’.
Selepas menampilkan Rina Nose di samping Adik Haziq, terbaharu gabungan Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy pula ditampilkan jenama ini.
Yayan yang juga pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster.
Gandingan mereka juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap PMW dipanggil Pek Murahdani berharga RM37.90 dengan berat 550 gram diperkenalkan sejak bulan lalu.
Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” kata Nurina Izz.
Jelasnya lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan jenama tersebut.
Sebelum ini jenama sama kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Lisa Surihani, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi PMW.
Tak ketinggalan Yayan dan Beto turut memuat naik video iklan sama di platform media sosial masing-masing.
Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
“Jalan ceritanya menarik kerana Beto yang melakonkan watak jahat dan ‘langsi’ terpaksa memenuhi permintaan isterinya yang mengidam kambing perap.
“Bagaimanapun, usaha mendapatkan kambing perap itu tidak mudah kerana Beto harus mendapatkannya daripada Yayan. Pelbagai cabaran dan rintangan harus ditempuhi Beto,” kata Nurina Izz.
Yayan di dalam video itu digambarkan sanggup menjaga dan melakukan apa saja demi mempertahankan kambing perap disayangi.
Namun, hati Yayan tiba-tiba lembut dan sanggup berkongsi kambing perap itu dengan Beto dan isterinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Meski Prosesnya Bukan Dipersetujui Dalam Satu Malam, Namun…,” – Datin Lisa Surihani
Menggalas tanggungjawab sebagai antara wajah wakilan jenama tudung Ariani, pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani Mohamad, 36, menyifatkan tawaran yang diterima adalah satu amanah yang besar.
Syukur nikmat atas kepercayaan dan rezeki, ibu kepada tiga cahaya mata ini sebolehnya mahu menggalas kepercayaan dengan sebaik mungkin.
“Kita semua tahu jenama ini sudah sinonim dan dikenali ramai. Bertahun-tahun mereka membina nama. Malah ramai juga yang ‘super excited’ bila mana House of Ariani dilancarkan.
“Apa pun saya di bawah pihak pengurusan dan setiap tawaran atau projek pastinya akan melalui mereka. Kata orang kalau kalau ijab, mesti ada kabulnya. Cuma saya sebagai ‘talent’ berdoa dan berserah kepada Allah harapnya kerja ini dipermudah.
“Alhamdulillah meski prosesnya bukan dipersetujui dalam satu malam, namun apa yang diterima ini adalah yang terbaik, berjalan lancar.
“Terharu bila pengalaman saya bersama ‘Ariani Sisters’ pun baik dan positif. Saya sangat-sangat bersyukur,” katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Ariani Layar Raya 2023, baru-baru ini.
Berkongsi pengalaman, Lisa juga menganggap peluang bekerjasama dengan jenama itu menyeronokkan.
“Sebenarnya pada peringkat awal gak kekok bila kali pertama menggayakan tudung di hadapan lensa kamera. Alhamdulillah, kami ada pasukan yang hebat. Mereka banyak membimbing saya menjayakan sesi fotografi,” katanya lagi.
Sementara itu, Ariani kembali dengan membawakan koleksi Ariani Layar Raya 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan di musim lebaran ini.
Pertunjukan koleksinya yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre itu menampilkan lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.
Menurut Datin Farah Haryani, Ariani turut mencipta sejarah baru dengan pembukaan House of ARIANI (HOA) sekaligus menempatkan kesemua koleksi di bawah satu bumbung.
Buat julung kalinya juga, Ariani turut menampilkan kelainan dengan melancarkan subbrand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Koleksi tersebut memperlihatkan seleksi pakaian seperti baju melayu sedondon dan kurta yang sesuai dengan perwatakan lelaki yang sukakan imej ringkas dan selesa.
Selain Lisa Surihani, pertunjukan fesyen Layar Raya 2023 memukau dengan menampilkan barisan duta lainnya iaitu Uyaina Arshad dan Bella Dally.
Ia turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI