
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang remaja perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki telah membuat jenaka berkaitan isu rogol.
Pendedahan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan rata-rata mengecam sekeras-kerasnya terhadap tindakan guru berkenaan.
Pelakon Diana Danielle misalnya, ada memberikan komen serta pendapat mengenai perkara tersebut.
Di samping meluahkan rasa kecewa, Diana memberitahu jenaka mengenai rogol serta gangguan seksual tidak sesuai untuk dijadikan bahan lucu walau diperingkat umur mana sekali pun.
“Kepada cikgu yang suka cakap merepek dalam kelas… merepek and being sexually inappropriate is different tau.
“Nak bergurau dgn budak ikutlah peringkat kematangan mereka, if theyre children, the jokes you tell your collegues tak sama dgn jokes kita cakap pada budak sekolah.
“Don’t normalize this, pendidiklah yg menjadi contoh dalam sekolah. Kalau bukan mereka, nak harapkan makcik canteen ke? credit @neilleffendy (twitter),” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa setuju dengan perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini.
Foto: Instagram Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Berhenti Depan Kedai Tapi Tutup,” – Shiha Zikir Pelik, Restoran Buka Hari-Hari, Kawan Cakap Tidak!

Penyanyi Shiha Zikir mengakui restoran yang diusahakannya, Nasi Ayam Shiha Zikir yang beroperasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hampir dua tahun lalu pernah berdepan dengan gangguan ilmu hitam atau sihir.
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, ia susulan rungutan yang diterima daripada beberapa kenalan yang mendakwa kedainya tidak tutup ketika mahu datang untuk makan di situ.
Shiha bagaimanapun menjelaskan, premis makanan miliknya itu hari-hari beroperasi.
“Selain pernah dipecah masuk, pernah juga beberapa kenalan sebelum ini bertanya bertanya kedai nasi ayam saya dibuka pada hari apa dan kenapa ia tutup sudah tiga hari?
“Saya terus bertanya kepada pekerja restoran sama ada betul atau tidak ia tutup, namun mereka beritahu restoran dibuka macam biasa.
“Saya pun terdiam bila kenalan beritahu sebab terkejut. Malah mereka sudah berhenti depan kedai tapi ia tutup,” katanya.
Shiha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan kedua restoran nasi ayamnya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, pada Rabu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO dan Pipiyama ini pada awal akui sukar untuk mempercayai perkara berkaitan mistik seperti iti.
Malah dia turut mengalami mimpi pelik seperti didatangi beberapa ular hitam dan sebagainya.
“Pada mulanya, saya tak percaya perkara seperti itu tetapi sudah beberapa kenalan beritahu perkara yang sama.
“Saya juga ada ahli keluarga yang buka kedai makan juga dan beritahu gangguan seperti itu.
“Apapun, saya hanya berdoa banyak-banyak semoga Allah SWT permudahkan semuanya.
“Saya juga ada berjumpa dengan ustaz minta doa yang boleh diamalkan untuk melindungi dari gangguan sedemikian,” katanya.
Sementara itu, Shiha teruja apabila kini sukses membuka cawangan keduanya di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
“Sebenarnya ramai yang nak saya buka Shiha Zikir Nasi Ayam di tempat mereka. Saya bersyukur kerana nasi ayam ini menjadi permintaan ramai pelanggan.
“Itulah antara sebab saya buka cawangan Shiha Zikir Nasi Ayam di Shah Alam. Semoga pembukaan cawangan ini membolehkan lebih ramai pelanggan berpeluang makan di restoran saya.
“Jemputlah semua datang ke restoran saya. mengenangkan di sekitar Shah Alam terdapat ramai pelajar, pihak kami juga sedang berbincang mengenai tawaran istimewa kepada mereka,” katanya lagi.
Terdahulu, Shiha memulakan bisnes Nasi Ayam ini menerusi cawangan pertamanya di Wisma Infinitum, Kampung Baru.
Ia menawarkan tiga pilihan menu nasi ayam iaitu Nasi Ayam Barbeku, Nasi Ayam Panggang dan Nasi Ayam Stim selain pelbagai pilihan makanan lain seperti menu Cina Muslim.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Perlu Canang Satu Dunia Bagi Orang Lain Turn Off,” – Ada Yang Kritik Filem Mat Kilau, Nad Zainal Dedah Realiti Sebenar Industri Filem Lokal

Baru tiga hari ditayangkan, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan telah mendapat sambuatan luar biasa daripada kalangan peminat filem tempatan sehingga berjaya meraih jumlah kutipan mencecah RM7 juta.
Bagaimanapun, sama seperti filem-filem tempatan yang lain, karya arahan sutradara tersohor, Syamsul Yusof ini juga tidak terlepas daripada kritikan segelintir penonton.
Terbaru, pelakon, Nad Zainal berpandangan, sekiranya ada yang kurang senang dengan aspek-aspek didalam filem tersebut, tidak perlulah dicanang atau disensasikan sehingga menyebabkan orang lain hilang minat untuk menonton di pawagam.
Katanya lagi, jika sambutan luar biasa ini diteruskan lagi untuk filem-filem lain, tidak mustahil industri filem tempatan akan turut sama berkembang pesat seperti negara-negara lain khususnya di rantau Asia Tenggara.
“Tolonglah sokong filem tempatan. Kalau lagi ramai yang sokong, nanti banyak lagi filem begini. Petanda yang bagus bila ramai turun tengok sokong Mat Kilau siap berbusana tradisional.
“Kalau ada yang kurang, simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan jelah. Tak perlu nak canang satu dunia bagi orang lain turn off. Support okay,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nad turut mendedahkan industri filem tempatan sebenarnya mempunyai pelbagai kekangan yang membataskan para penggiat filem untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.
Jelasnya lagi, kekangan tersebut sebenarnya boleh diatasi sekiranya para penonton terus menerus menyokong filem-filem tempatan sama seperti yang mereka tunjukkan di filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
“Macam ni, filem kita ni InsyaAllah kalau ada duit, masa untuk research dan waktu untuk pelakon berlatih, mesti lagi baik. Banyak kekangan.
“Tapi Insya Allah dengan sokongan kita semua, penggiat filem akan lebih bersemangat nak buat filem berkaitan sejarah atau berskala besar.
“Funder pun lagi ramai. Jadi, tolonglah sokonglah. Go Malaysia Go,” jelasnya lagi.
Sekadar informasi, filem sarat aksi ini dilaporkan berjaya mencipta rekod sebagai filem tempatan pertama yang mengutip RM1 juta pada hari pertama ditayangkan.
Mat Kilau kebangkitan pahlawan ini dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amy Schumer Buka Cerita Pembedahan Penyakit Endometriosis – “Darah Membuak-Buak, Rahim & Apendiks Saya Sudah Dibuang.”

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer,40, berkongsi kisah menerusi satu hantaran di laman Instagramnya hari ini. Pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu berkongsi bagaimana kesakitannya sekian lama akhirnya telah hilang apabila dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membuang rahim dan apendiks.
Berita itu dikongsi ibu anak satu ini dalam satu video yang dirakam suaminya, Chris Fischer sebaik sahaja menjalani pembedahan tersebut, menurutnya, “Sekarang adalah pagi selepas pembedahan endometritis saya dan kini rahim saya telah dibuang. Doktor telah menjumpai lebih 30 titik endometritis dan telah membuangnya.”
Bukan setakat itu sahaja, apendiksnya juga turut terkesan dek penyakit itu. Jelas Amy lagi, “Endometritis telah menyerang bahagian apendiks saya dan doktor terpaksa membuang organ tersebut juga. Terlalu banyak darah di dalam rahim dan saya berasa sangat sakit macam ada gas di dalamnya.”
Dalam hantaran tersebut, wanita berusia 40 tahun ini turut berkongsi yang jika seorang wanita mengalami sakit akibat haid yang keterlaluan, mereka berkemungkinan menghidap endometritis.
Rakan-rakan selebriti lain seperti Debra Messing, Vanessa Carlton dan Martha Hunt memberikan kata-kata semangat kepada rakan mereka ini. Debra meninggalkan pesanan, “Ya Tuhanku, 30?! Sangat gembira semuanya sudah hilang dan anda tidak perlu lalui kesakitan itu lagi. Sembuh dengan baik Amy.”
Manakala Vanessa pula berkata, “Saya bersimpati Amy. Nampaknya kehidupan selepas ini akan menjadi lebih kurang sakit tapi tak kurang rasa bergas.” Dan Martha Hunt pula memberi semangat, “Semoga cepat sembuh!!”
Untuk pengetahuan anda Amy berkahwin pada tahun 2018 dengan Chris Fischer dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI