Pempengaruh, Boss James mendedahkan setiap individu itu mempunyai pilihan sama ada untuk menjadi pencipta kandungan yang memberi manfaat kepada oramg ramai atau sebaliknya.
Menurut Boss James atau nama sebenarnya James Ng, menjadi pencipta kandungan bukanlah semudah yang disangka kerana ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
“Memang senang pun nak jadi content creator tapi cubalah sendiri dahulu. Nak memastikan apa yang kita buat ini menjadi, memang ada caranya. Nak jadi terkenal pun boleh melalui cara yang baik atau buruk. Janji menjadi.
“Namun, bila anda nak membuat sesuatu, adakah matlamat dan niatnya betul?Adakah destinasi terakhir anda akan membantu anda untuk jangka masa yang panjang,” katanya kepada MH.
Boss James yang juga merupakan Pengarah Urusan, Berjaya Mega Motors ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Boss Jame juga berpandangan ilmu pengetahuan akan membantu penghasilan kandungan yang lebih berkualiti selain membantu menetapkan hala tuju bagi pencipta kandungan.
“Pada anak muda yang nak berhenti belajar walaupun daripada tingkatan satu, tak mengapa. Tapi anda kena ingat, adakah anda mahu ilmu anda setakat itu sahaja?
“Adakah anda mahu bila bersembang dengan orang tapi anda tak faham apa yang diperkatakan. Orang sembang fasal basic ekonomi pun anda tidak faham. Malu nanti.
“Kita tak tahu bila masanya kita akan berjaya. Andai kata satu hari nanti anda berjaya tapi tak memiliki ilmu dan nilai-nilai hidup, susah juga nak survive,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Boss James turut mendedahkan dirinya sudah berhabis ratusan ribu ringgit sebagai pelaburan untuk menjadi seorang pencipta kandungan.
“Saya mengambil masa selama hampir empat tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Ia bukan perjalanan yang mudah.
Ads
“Saya sudah belanjakan banyak wang ringgit untuk menimba ilmu tentang pembikinan konten. Saya masuk kelas dan berhabis banyak untuk jurukamera serta peralatan untuk menghasilkan konten.
“Pelaburan itu penting tapi kena hati-hati kerana bukan semua orang mengajar perkara yang betul,” akhirinya.
Terdahulu, Boss James merupakan salah seorang pempengaruh yang tercalon bagi kategori Tik Tok Creator Of The Year di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor menyelar tindakan seorang pengguna Twitter selapas individu terbabit memuat naik kenyataan melabelkan artis di Malaysia ini tidak berkualiti dan tiada maruah.
Menurut Adibah, sekiranya individu tersebut berfikiran sedemikian, maka tidak perlu lagilah dia berurusan dengan mana-mana golongan artis terutamnya ketika memerlukan bantuan atau derma.
“Ok. Tak usah layan lagi artis Malaysia ya.
“Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke pun jangan cari artis Malasyia okay. Babai,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu di laman Twitter miliknya.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen meminta Adibah supaya bersabar dan tidak mengendahkan kenyataan individu tersebut.
Terdahulu, Adibah telah membuka ruangan komen di laman Twitter miliknya untuk sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan bisnes mereka secara percuma.
Ia merupakan salah satu usaha untuk membantu para usahawan yang terjejas pendapatannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Saida Tarudin pada 18 Oktober memuat naik foto bersama anak sulungnya, Nyssa Ghazali bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya iti yang ke-24.
Sambil menitipkan dedikasi, kakak kepada penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mencecah usia 45 tahun itu turut berdoa moga permata hati menjadi anak yang berjaya dunia akhirat.
“Selamat Ulangtahun Sayang ibu @nyssaghzli. Ibu sentiasa doa kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. Ibu sangat menyayangiMu,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji penampilan mereka berdua.
“Cantiknya anak dara dia, mewarisi kecantikan ibunya,” puji peminat lainnya.
“Happy birthday Nysa, absolutely beautiful,” reaksi yang diberikan peminat.
“Anak rupanya. Dah macam adik kakak,” antara komen yang tertera.
“Dah nak sama tinggi dengan ibu. Selamat hari lahir anak ibu. Semoga diberikan kejayaan, dirahmati dan diberkati,” doa peminat lain pula.
Saida menerusi majalah Nona sebelum ini pernah berkongsi mendoakan agar Nyssa sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurut Saida lagi, dia dan Nyssa umpama sahabat baik dan bila berkesempatan isi masa bersama, mereka senang bersembang tentang kecantikan dan juga fesyen.
Sementara Nyssa pula menyifatkan ibunya seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!