Tahniah diucapkan buat pelakon, Ana Dahlia yang bakal bersalin anak kedua, tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan sendiri oleh bintang berkenaan di Instagram, selepas ditanya peminat.
Malah menerusi satu hantaran terkininya di platform sama, Ana turut berkongsi sekeping foto yang secara jelas menampakkan ‘baby bump’.
“May your new year be filled with peace , joy n happiness . Happy Muharram frm us wit love #happiness #happynewyear #MakBuyut #positivevibes #positivity #positiveenergy,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan ada di antara respon yang ditinggalkan peminat mendapat reaksi daripada Ana sendiri.
Untuk rekod, Ana mendirikan rumah tangga bersama Ashraf yang juga anak pengarah, Datuk Jurey Latiff pada 31 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sebelum ini, Ana pernah berkahwin dengan anak cef selebiriti, Chef Wan iaitu Chef Riz.
Foto: Instagram Ana Dahlia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI