Bekas adik ipar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli atau dikenali sebagai Iqbal iaitu Ayunie dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman ushawan itu sebanyak lebih RM5 juta.
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
“Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).
“Saya sabar dengan segala tomahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.
“Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar. Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi,” katanya.
Ayunie yang juga pempengaruh mendakwa Iqbal pernah menyatakan mahu menyaman dirinya dan masih menunggu surat saman itu.
“Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun.
Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.
“Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkar ini satu ‘permainan’ pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal,” katanya lagi.
Ayunie yang turut mengusahakan produk Vitamilk mendakwa, tindakan Iqbal itu seolah-seolah sengaja mahu menjadikan ia satu ‘marketing’ dan kepentingan dirinya.
“Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk ‘marketing’ saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Bekas adik ipar usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli atau dikenali sebagai Iqbal iaitu Ayunie dikatakan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman ushawan itu sebanyak lebih RM5 juta. Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa