Selepas menikmati kejayaan dalam bidang nyanyian, penyanyi, Ismail Izzani memberi bayangan mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 25 tahun.

Katanya, dia kini dalam fasa sedang mengenali hati budi seseorang namum, menjelaskan dirinya selesa berkawan dengan ramai orang.

“Kahwin tu nanti dulah tapi tak naklah muda sangat dalam 24 atau 25 tu okay rasanya.

“Saya suka berkawan dengan ramai orang. Saya dan seseorang itu pun sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Nak membina rumah tangga ni bukan senang dan saya sendiri pun tidak terurus. Kita boleh merancang, tapi persiapan itu harus mula dengan diri sendiri dulu.

“Tapi kalau tangguh lama-lama pun tak elok kalau boleh bulan depan nak kahwin dah,” katanya berseloroh.

IKLAN
View this post on Instagram

– You’re irreplaceable ? #bidadari (( ? @luqmanhere2 ))

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on

Ismail berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Ramadhan Astro di Astro All Asia Broadcast Center, Bukit Jalil pada Selasa.

Ketika ditanya mengenai hubungannya bersama penyanyi, Shalma Eliana, ini respon yang diberikan oleh penyanyi lagu Bidadari itu;

“Kami memang rapat dan kami pun kenal di Instagram juga sejak dari zaman sekolah lagi.

IKLAN

“Bagi saya dia ni seorang yang baik dan sebab itu mama pun selesa nak suaikan diri dengannya.

“Alhamdulillah mama pun restu,” katanya lagi.

IKLAN
View this post on Instagram

– ?

A post shared by ONE & ONLY (@ismailizzani_) on

Terdahulu, Ismail baru sahaja melancarkan single terbaru bertajuk Berserah yang turut menampilkan Zizan Razak.

Foto: Instagram Ismail Izzani

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI