“Nak Cari Laki Macam Ni La, Tapi Tak Jumpa Lagi,” – Minta Jadi Isteri Kedua Nabil, Individu Ini Ajak Ayda Jebat Bermadu

Share

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada mendedahkan mesej yang diberikan seorang pengguna Instagram yang menyatakan hasrat untuk bermadu dengannya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Parah Parah ini menerusi satu muat naik di Insta Story. Individu terbabit turut menyatakan ciri-ciri yang dimiliki Nabil merupakan kriteria yang dicari.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari laki macam ni la.Tapi tak jumpa-jumpa lagi,” tulis individu terbabit.

Sementara menerusi paparan seterusnya, bintang berusia 29 tahun ini memberikan reaksinya.

“Salam. Hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu takleh la. Saya cubit awak kang. Nakal eh.

“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insya-Allah, istikarah! Good luck sis,” respon Ayda.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu dan sempat mengisi beberapa hari di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.

Foto: Instagram Ayda Jebat

Published by
MH