Sejak awal pagi tadi, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa menghina agama Islam dengan melabelkan Nabi Muhammad, Allah dan Islam dengan perkataan kesat.
Tindakan individu terbabit nyata mengundang rasa amarah di hati seluruh rakyat Malaysia.
Antara yang turut tidak ketinggalan memberikan reaksi terhadap isu ini termasuklah pelakon, Fizo Omar.
Menurut Fizo, dia menyifatkan tindakan individu ini sebagai keterlaluan dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal agar perkara seperti ini tidak berulang lagi selepas ini.
“Saya rasa lelaki ini perlukan terapi mental. Orang mcm ni patut ‘diajar’. Melampau sangat. Pertama sekali, saya tertanya-tanya atas sebab apa dia nak memuat naik video macam tu. Nak cari perhatian atau cari pasal.
“Rasa geram lain macam tu bila dengar apa dia cakap pasal agama kita. Bangsa sendiri plak tu.
Ads
“Saya rasa pihak berkuasa patut ambil tindakan segera yang setimpal buat individu ini supaya lepas ni tiada dah orang kurang cerdik nak buat macam ni lagi,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Azza Elite berharap agar individu ini diberikan hidayah dan sedar akan perbuatan terkutuknya itu.
Katanya lagi, dia juga berasa bersalah seandainya membiarkan perkara menghina agama ini terus berterusan dan menjadi trend di dalam masyarakat kita.
Ads
“Semoga bertemu hidayah Allah Mati x kira muda tua tuan. Rasa bersalah dgn Allah dan Rasulullah SAW kalau membiarkan terus Tuhan ku dan Rasulullah SAW serta Islam agama ku di hina. AllahuAkbar
“Semua nabi terdahulu, Allah SWT berikan doa yang mustajab buat mereka. Bagaimanapun, doa itu sudah digunakan melainkan Rasulullah SAW.
“Baginda simpan doa khasnya itu untuk memberi syafaat kepada umatnya pada hari kiamat. Takbir,” ujarnya di Instagram.
Ads
Terdahulu, memetik laporan Kosmo Online, individu terbabit telah ditahan polis sebentar tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
“Suspek ditangkap di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman,” katanya seperti yang dipetik.
Jelasnya lagi, kes disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar, Azza Elite & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal hari ini, ibu kepada pelakon Fasha Sandha, Hatijah Teh Man ada berkongsi beberapa status yang berkaitan dengan majlis perkahwinan anaknya itu menerusi media sosial.
Selain memuat naik sekitar momen indah majlis raja sehari anaknya itu, Hatijah yang menggunakan akaun Eja Sandha menerusi Facebook ada meluahkan rasa sebak saat mengenangkan anak ketiganya, Nur Farisha Sandha yang telah pun pergi mengadap Illahi tidak berapa lama dulu.
“Sebak melihat gambar ank2ku ini kerana ank ketiga tidak dpt utk berkongsi kegembiraan saat2 manis ini..Nur Farisha Sandha si manis 17 mama telah meninggalkan kami mengadap ilahi..Al Fatihah.
“Sekarang menunggu 3 lagi ank2 dlm pic ini utk menjadi raja sehari soon…,” tulisnya.
Lalu, para pengikutnya turut mengucapkan takziah dan alfatihah atas pemergiaan arwah.
Sementara itu, Fasha pula menerusi Instagram turut menitipkan ucapan istimewa buat ibu tersayang. Tulis Fasha, dia pasti ibunya sudah pun rasa lega kerana majlis di Perlis berjalan dengan lancar dan baik.
“Mama, Momen selepas selamat diijabkabulkan di Masjid TuanKu Syed Putra Jamalulail.
I love you mama…Sha baru tengok gambar ni dan nampak mama menitiskan air mata seorang ibu.
“Sha pasti mama lega sebab majlis nikah dan sanding di Perlis berjalan dengan baik.
Terima kasih mama diatas restu buat kami, terima kasih juga ibu , kerana memberikan restu buat kami berdua.
“Insyaallah, semoga dengan restu dan doa2 yang baik, kami akan selalu bahagia. Insyaallah. Terima kasih Allah diatas cinta ini,” tulis Fasha.
Foto: Instagram Fasha, Facebook Eja Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adlin Aman Ramlie mendedahkan dirinya turut terkena tempias selepas disangka menjadi individu disebalik Orang Utan dalam program realiti, The Masked Singer Malaysia (TMSM).
Ternyata, persoalan tersebut turut bermain di minda pengacara program berkenaan, Datuk AC Mizal yang juga merupakan biras kepada Adlin.
Menurut suami kepada pelakon, Emelda Rosmila itu lagi, dia sengaja berpura-pura berlakon untuk terlibat di dalam program TMSM itu bagi mengelirukan AC.
“Sorry bro aku terpaksa berlakon dgn kau buat kau confused. Berminggu minggu pulak tu, sampai kau suruh Emy check kat Mel aku kat mana.
“Terima kasih jugak untuk semua yang guess, agak pening jugak la nak jawab. Sampai polis roadblock PKP pun soal aku.
“Terima kasih sekali lagi, sebab korang semua ingat suara aku macam Tuju. sebenarnya suara aku lagi power
“By the way congrats to all participants. I really enjoyed the show. Tahniah @dacdatoac tak pernah tak power. Akhir kata, Abang bukan Orang Utam dik.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dedah Adlin lagi, dia telah menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai termasuklah daripada pihak polis yang sedang membuat sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berhubung identitinya itu.
Dalam pada itu, Adlin turut menitipkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta TMSM malah turut mengakui dia juga terhibur sepanjang menonton program berkenaan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian daripada Adlin itu.
Terdahulu, Adlin baru sahaja muncul menerusi telemovie terbarunya berjudul Cerai yang ditayangkan di saluran Astro Citra.
Selain Adlin, telemovie ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya, Syafiq Kyle, Khadijah Halim dan juga isterinya Emelda Rosmila.
Sumber: Instagram Adlin Aman Ramli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!