“Nak Date Kena Isi Borang Dengan Saya Dulu, Kaklong Tolong Scan,”- ‘Warning’ Fazura Kalau Nak ‘Bercinta’ Sama Alvin Chong

Share

Pelakon dan penyanyi, Fazura semalam muat naik foto rakan selebritinya, Alvin Chong berserta kapsyen menarik di laman IG storynya, semalam.

Kisahnya, dia sempat memberi ‘amaran’ kepada para gadis di luar sana yang berhasrat menjadikan Alvin sebagai teman lelaki supaya bertemu dengannya dahulu.

“This guy bukan saja talented, ada rupa tapi super well brought up with good manner, always taking cares of other and carries himself well.

“And now kita semua dah sayang dia, I’m officially protective of him from now on. So siapa nak date dia kena isi borang dengan saya dulu k. Kaklong tolong scan,” tulisnya.

Susulan itu, Alvin juga dilihat membalas kapsyen Fazura itu di laman Instagramnya.

“Thank you kaklong! You humble me. Sayang you and Fattah Amin gak! Borang jodoh tu scan betul-betul tau! Siapa buli Alvin siap Ya’ll,” tulisnya.

Haa… tu dia kak long dah bersuara. Nampaknya, mereka yang berangan nak bercinta dengan Alvin kenalah dapat restu Fazura dulu kan?

Terdahulu, Hubungn persahabatan antara Alvin dan Fattah mula rapat ketika berlakon bersama dalam drama Suri Hati Mr Pilot pada tahun 2016. Mereka berdua juga turut sama menjayakan program The House musim ke-4 tahun lalu.

Foto/Instgaram: Fazura & Alvin Chong

Published by
Khaleeda Rashikin