“Nak Duduk Tahiyat Atau Antara Dua Sujud Belum Boleh Lagi,” – Kekangan Zamani Mencangkung, Masih Solat Dalam Keadaan Duduk

Share

Penyanyi yang kini sedang bersaing di dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Zamani memaklumkan status kesihatannya kini kian baik selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis pada November tahun lalu.

Bersyukur dengan perkara itu, bintang berusia 52 ini juga menjelaskan dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala doktor setiap enam bulan.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik cuma tak cecah 100 peratus lagi…mungkin dalam 80 peratus. Tapi bagi saya untuk nak bekerja, memang sudah boleh insyaAllah.

“Apa pun, saya masih lagi sambung buat ‘follow up’ dengan doktor. Macam sebelum ini dua minggu sekali, tapi sekarang ini selang enam bulan jaraknya.

“Kali terakhir saya buat ‘check up’, doktor maklumkan keadaan saya semakin baik tak ada masalah, alhamdulillah,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun susulan situasi yang dihadapi, Zamani mengakui sehingga kini dia masih menunaikan solat dalam keadaan duduk.

“Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung lagilah. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.

“Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba (solat seperti lazimnya). Akan tetapi buat masa ini, saya masih macam tu (solat dalam keadaan duduk),” katanya lagi.

Terdahulu, Zamani antara bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza yang berentap bersama 15 lagi bintang lain untuk pertandingan realiti nyanyian itu bagi musim ini.

ASGV bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH