MH perasan style Korea banyak jadi ikutan generasi muda kini, bukan sahaja ia trendy tetapi juga menepati cita rasa fesyen anak muda kita.
Sama seperti anak muda yang lain yang ingin mengikut trend terkini, anak kedua Rozita Che Wan, Aniq Ezzra, 20 tahun tampil dengan style rambut terbaru ala-ala korea gitu dengan memuat naik gambar di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, netizen berpendapat bahawa dia tidak sesuai dengan imej rambut yang sebegitu.
Bila MH lihat komen-komen yang diberikan netizen kepada Aniq, ramai yang tidak bersetuju dengan imej tersebut dan menggelar pelbagai nama kepadanya.
Namun begitu, MH perasan ada juga netizen yang bertindak mempertahankan imej Aniq mendakwa itu adalah pilihan Aniq dan meminta agar orang ramai berhenti mengecam anak muda tersebut.
Bagi MH, setiap orang ada style dan imej yang disukai, mungkin Aniq memang suka gaya sebegitu, biarlah hak dia kan? Lagipun ibunya sendiri tak kata apa-apa.
Sumber: Instagram Aniqezra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI