Uncategorized

Nak Jadi ‘Imam’ Kepada Marissa Dania? Ini Nasihat & Kata Dua Daripada Norman Hakim!

Share

Sejak gambar anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi menjadi viral kerana kecantikannya, baru-baru ini Norman Hakim ada memberitahu akaun Instagramnya tidak putus menerima mesej atau DM daripada pengikutnya!

BACA :

Menurut Norman melalui sebuah posting, DM di akaunya itu dipenuhi dengan ‘risikan’ netizen yang padu dan ada juga yang pilu.

Untuk menjelaskan keadaan, Norman memberitau anak daranya itu baru sahaj berusia 13 tahun dan masih mempunyai perjalanan yang panjang.

Malah, Norman turut memberi sedikit nasihat kepada mejoriti yang ingin menjadi ‘imam’ kepada anaknya itu…

“Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebhgn drpd permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita.Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini

 

“Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’,” jelasnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Norman turut meminta orang ramai untuk meninggalkan komen dan doa yang baik-baik buat anak kesayangannya itu.

“Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok??Aamiin in shaa Allah❤,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen

Aduh, bagus betulah keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi ni, MH puji betul dengan cara didikan anak mereka.

Orang kata, cara kehidupan kita juga boleh membuatkan seseorang itu nampak sempurna, jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang tertarik hati dengan anak-anak mereka.

 

Published by
Lany Azman