Bukan sahaja memiliki rupa paras cantik, malah pelakon Fasha Sandha juga antara artis yang mementingkan disiplin baik dari segi masa, lakonan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Fasha baru-baru ini juga telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang memaparkan dia sedang mengadakan sesi pengambaran bagi sebuah drama.
“The making of #semuasalahku #slotlestary TV3
Seorang sutradara yang bagus, dapat mencorakkan penceritaan menjadi lebih real.
Hari2 saya sendiri belajar daripada pengarah. Tugas seorang sutradara adalah untuk menjadikan pelakon itu cukup rasa dalam menjiwai karakter masing2.
Sesiapa yang ingin jadi pelakon, kena ada persediaan sepenuhnya daripada segi mental dan fizikal. Datang dengan disiplin, dan Segala masalah peribadi (jika ada), wajib ditinggalkan di pagar rumah, bila sampai set kepala kena tenang, kena masuk jiwa karakter dah… itu pesanan pengarah sejak saya 19 tahun , saya simpan sampai hari ini ❤
Directed by my fav Encik @alongkamaludin
With my talented co actor @fadlanhazim,” tulisnya.
Video tersebut melihatkan Fasha bersama pelakon Fadhlan Hazim ketika mengadakan sesi pengambaran yang turut dibantu pengarah hebat, Along Kamaludin.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap Fasha sebagai artis profesional dan matang.
Wah! Sikap Fasha ini harus dipuji dan dijadikan contoh kepada orang ramai kerana sikap yang ditunjukkan itu sememangnya membawa kepada ke arah kejayaan.
Video : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI