Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman atau mesra disapa Cik Man ada berkongsi foto tatkala dia menziarahi pusara ibunya, Fatimah Taat.
Malah, Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias turut mengimbau kembali kenangan bersama arwah ibunya terutama perihal makanan kegemaran.
“Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan,
“Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa. RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan,
“Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood.
“Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.
Ads
“Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh.
“Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up.
“Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.
“Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana,” kongsi Azman.
Ads
Dalam pada itu, Azman sentiasa mendoakan arwah ibunya.
“Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku. .
“Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di Sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.
“Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat.
Ads
“Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain,” kongsi Azman lagi.
Pemain drum kumpulan Sofazr, Wan Shah Baharom Niktah atau lebih sinonim dipanggil One memaklumkan, isterinya, Ainul Shariza Muhtar telah selamat bersalin bayi lelaki kira-kira jam 7.31 petang tadi.
Perkhabarkan tersebut dikongikan pemuzik itu menerusi Instagram miliknya awal malam tadi.
Bayi yang belum diberikan nama itu dilahirkan secara normal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah syukur alhamdulillah.. isteri saya selamat melahirkan (secara normal) seorang bayi lelaki seberat 2.74kg pada jam 7:31pm tadi.
“Terima kasih pada yang mendoakan mereka tadi. Selamat datang Wan Shah Hazard… ok nama tu tipu.. belum ada bagi lagi nama dia hehehehe.. #ainonelegacy,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah diatas kurnian rezeki zuriat buat pasangan berkenaan.
Foto: Instagram One Sofazr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Harith Iskander meluahkan kekecewaan apabila ada pihak didakwa ada membuat ‘aduan’ sehingga pendakwah bebas, Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi penjelasan.
Jelasnya, niat Ebit cukup murni untuk menolong golongan susah, malah jelas Harith, dia sendiri tidak mampu melakukan usaha yang sama seperti itu.
Dia turut memohon netizen untuk terus memberi sokongan kepada pendakwah itu untuk terus melakukan kerja-kerja kebajikan.
“Siapa pulak buat “aduan” sehingga saudara Ebit Liew dipanggil melapurkan diri ke Bukit Aman? Ya, memang beliau kesana kesini waktu PKP ini … dengan niat nak tolong orang.
“Dia bukan saja nak pergi jumpa orang tanya khabar. Saya tengok usaha dia pun, saya rasa penat.
“Saya juga faham perasaan beliau bila lihat orang yang tengah susah tak boleh ignore, buat tak tahu. Sebagai manusia kita rasa sedih dan kalau boleh – kita tolong. Penat tak fikir asalkan kita dapat ringankan beban mereka yang susah.
“Maybe I dont know the “background story” but I hope he gets to fulfill his calling. Kita bersama mu Ustaz Go to his page and see how many people he has reached out too,” tulisnya yang turut dilampir posting Ebit yang terkait.
Banda Aceh terkenal sebagai salah sebuah wilayah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah yang ketat. Salah satu peraturannya, wanita haruslah mengenakan hijab.
Baru-baru ini penyanyi bersuara merdu, Tiara Andini, berkongsi di halaman Instagramnya stail fesyen yang digayakan ketika mengadakan persembahan di Banda Aceh.
Persembahan tersebut adalah sempena majlis pembukaan Pekan Olahraga Nasional XXI yang merupakan acara sukan nasional tahunan Indonesia.
Menariknya, menghormati undang-undang setempat, bekas finalis Indonesia Idol itu tampil anggun mengenakan persalinan serba hitam lengkap hijab dengan paduan kain batik rona merah.
Busana atasan rona hitam merupakan hasil rekaan jenama fesyen Damien Chandra manakala kain batik yang digayakan pula merupakan hasil kreatif Atara Batik.
Melangkapkan gaya keseluruhan, aksesori seperti rantai dan kerongsang rekaan jenama Gelap Ruang Jiwa memberi nyawa kepada rona hitam busana. Dikepala pula bagi elemen dramatik Tiara Andini menggayakan mahkota rekaan TJEP Accecories.
Pada majlis tersebut, gadis berusia 22 tahun ini menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia iaitu Indonesia Raya serta lagu hitnya, Kupu-Kupu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!