Penyanyi, Nabila Razali telah diundang untuk menjadi tetamu undangan untuk Carta Suria 40 di Suria FM bersama dengan penyampai radio, Fizi Ali.
Pelbagai perkara telah dikongsikan, antaranya mengenai kecaman dan kritikan yang sering diterima.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Peluang Kedua ini, insiden yang berlaku kepada dirinya telah banyak mematangkan dirinya.
Ads
“Saya tiada pengalaman dalam industri hiburan jadi bila saya masuk saya sedih sebenarnya, tapi saya suka nyanyi jadi saya nyanyi juga sebab saya buat benda yang saya suka,
“Nak kata lali tu tak adalah tapi saya dah terima layanan yang macam tu dari dulu cuma yang beza dengan sekarang dia bertambah sahaja,
Ads
“Macam sekarang umur pun dah 29, dulu umur 23 jadi sekarang berfikiran lebih matang. Jadi saya anggap benda ini semua satu rezeki dan ujian yang saya rasa Tuhan nak bagi untuk tengok kita ni sabar ke tak untuk capai apa yang kita nak,
“Rezeki kita tak boleh nak persoalkan sebab kalau kita tak percaya dengan rezeki maksudnya kita percaya dengan kuasaNya,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada penyanyi kelahiran bintang program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 ini.
Foto: Instagram Suria FM, Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor mendedahkan ada pihak yang cuba mengetuk pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas pemergian suaminya yang juga penyanyi legenda, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Menurut Fadilah, dia tidak akan sesekali menolak takdir Allah SWT namun fokusnya kini hanya tertumpu kepada kerjaya dan keluarga.
“Nak cakap fasal pengganti, memang ada yang cuba datang. Namun, saya hanya berserah kepada Allah. Saya tidak cakap ya dan tidak. Saya juga tak mencari.
“Kalau Allah sudah jodohkan bersama orang-orang tertentu, kita terima dengan hati terbuka.
“Bagi pihak anak-anak pula, mereka suka sahaja. Asalkan mama dia gembira untuk menghabiskan hujung-hujung usia ini,” katanya kepada MH.
Masih tampil jelita pada usia 65 tahun, Fadilah memaklumkan dirinya tidak meletakkan sebarang syarat atau kritiria untuk pasangan hidupnya.
“Kalau ada yang kata saya masih cantik, Allahamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya. Nak kata tua pun tidak, muda pun tidak. Mungkin dalam umur lingkungan saya juga.
“Tak kisahlah macam mana pun orangnya. Dekat atau jauh. Nak kata pintu hati ini terbuka luas pun tak juga. Saya santai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz ini turut tidak menolak andai dirinya dijodohkan dengan bakal suami daripada kalangan penggiat seni.
“Orang industri juga manusia. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau hati kata tak nak, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka,” akhirinya.
Terdahulu, A. Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.
Allahyarham berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.
Sebelum berkahwin dengan A. Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Mat London namum bercerai pada 2012.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semenjak kehadiran insan ketiga, Shakilla Khoriri mengakui sukar membahagikan kasih sayang antara suami dan anak.
Malah kadang-kala, dia terasa hati terhadap perkara biasa yang harus ditempuhi setiap hari.
“Last but not least. Aku syak kitaorang anak beranak akan pengsan awal malam ni.
“Anyway saja lah nak share sikit. Even aku tahu aku tak layak tapi aku tengah melaluinya. Lumrah dalam rumahtangga.
“Pasti kadang ada terluka, terkasar, tersentap, terasa dan segala jenis penyakit hati yang menyakitkan. Tapi itu kan Biasa.
“Yang luar biasa adalah penyakit hati yang pasangan kau duakan kau, berahsia, maki hamun,bertinju dengan kau dan sebagainya. Haaa tu TIADA MAAF.
“Tipu lah kalau aku cakap takde rasa sakit hati dengan Fizi tu. Lagi2 sejak ada anak ni lebih2 perangai dia. Aku gerammmmm jeeee….Fikir apa nak buat. Tapi…. aku pun sama naik.
“Kita orang kurang kasih sayang dan jadi attention seeker sejak kasih dan sayang banyak tercurah dekat Ameena sofia.
“So maafkan Fizi. Dia memang dilahirkan untuk menjengkilkan orang. Maafkan aku kerana aku punya sabar penuh didada sejak jadi MAK ni. Maafkan kami.
“Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Sayang Semua,” luahnya.
Tambahnya lagi, melayan karenah anak kadang kala membuatkan mereka terlepas pemandangan indah untuk dipotretkan bersama sebagai kenangan. Namun, sebenarnya, inilah memori indah yang terpahat dalam hati.
“Bila bercuti berdua (tambah seketul) ni memang kau akan terlepas banyak view cantik untuk bergambar. Tercari2 orang. Setakat you ambil gambar i, i ambil gambar you, OK takde masalah. Tapi view yang cantik mestilah kau nak abadikan dalam instagram !
“Ni view tak cantik dan orang bawa buggy yang tolong ambilkan. backlight kaw2 yang kau terpaksa naikkan brightness. Ceh ! tapi syukur, alhamdulillh ada juga orang sudi ambilkan.
“Biarlah view yang cantik tu. Biar kitaorang simpan dalam hati dan jadi kenangan bersama tiga beranak..
“Raya sudah, Holiday sudah, Penat sudah, Semua sudah. Esok Fizi dah masuk conty radio balik.
“Aku. Berperang mengemas rumah, membasuh, menyusun, menyapu, semua lah. Pokok bunga pun hidup segan mati tak mau dah kat luar tu.”
Selepas dikritik hebat netizen gara-gara tindakkan membuat video prank yang melibatkan pihak polis, pasangan selebriti sensasi Indonesia, Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram pada Isnin.
Menerusi video berdurasi hampir empat minit itu, Baim memaklumkan, dia dan isteri telah hadir ke Balai Polis Kebayoran Lama Jakarta Selatan bagi memohon maaf kepada para petugas di sana.
Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka video prank tersebut bakal mencalarkan imej pihak berkuasa Indonesia.
“Video yang anda saksikan tadi merupakan permohonan maaf saya kepada pihak polis di balai polis yang telah saya hadiri. Saya minta maaf.
“Seharian juga saya berfikir, apa yang telah saya lalukan dan kongsikan itu, saya sendiri tak terfikir akan mendapat kesan seperti ini. Ternyata banyak pihak telah menerima kesan daripada perbuatan saya ini terutamanya institusi kepolisan,” katanya.
Jelas pelakon filem Laila Majnun ini lagi, pada awalnya, dia tidak merasakan tindakkannya itu salah memandangkan dia mempunyai hubungan yang baik dengan pihak polis di balai tersebut.
“Saya ingatkan, saya memang dah kenal sangat dengan pihak polis di sini kerana mereka pernah berjasa dengan saya ketika menangkap pencuri motosikal saya sebelum ini. Hubungan saya dengan pihak polis di sini juga baik. Saya juga selalu singgah ke balai untuk bertanyakan khabar.
“Saya fikir, bila hubungan kami sudah rapat seperti ini, kami boleh melakukan hal sedemikian. Ternyata tindakkan kami itu salah kerana pada pandangan orang luar mereka tetap pihak berkuasa. Saya akui kesilapan saya dan telah memohon maaf secara langsung.
“Semoga mereka tidak dipersalahkan kerana yang salah adalah daripada pihak saya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Baim turut merakamkan permohonan maaf kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga kerana videonya yang kurang sensitif itu.
Malah, dia juga terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan teguran di atas ketelanjurannya itu.
“Kepada korban-korban keganasan rumah tangga, saya juga ingin memohon maaf. Saya memang tak berfikir panjang dengan tindakkan bodoh saya ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur saya walau dengan apa cara sekali pun.
“Terima kasih kerana selalu harus mengingatkan saya. Sebagai manusia, kalau berbuat salah, memang kena ingatkan. Buat mereka yang telah menyokong saya selama ini pun, saya ingin berterima kasih. Mungkin dengan hal ini, kita akan berubah ke arah yang lebih baik,” kongsinya lagi.
Semalam, isterinya, Paula telah hadir ke balai polis dan berpura-pura membuat laporan kononnya dia telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pada ketika itu, Baim sedang berada di dalam keretanya sambil merakam video tersebut sebelum meluru masuk ke dalam balai bagi menjelaskan mengenai situasi sebenar.
Pihak polis pada awalnya tidak mengenali wanita yang ingin membuat laporan itu merupakan Paula sebelum memintanya untuk menanggalkan pelitup muka yang dipakai.
Dek kerana perbuatan tersebut, Baim dan isterinya telah teruk dikecam netizen dan video tersebut juga telah dipadam daripada saluran Youtube Baim Paula.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!