Pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan dirinya kini telah selamat dan menjalani kehidupan baru di Sweden.
Difahamkan, Sakinah kini berada dinegara tersebut untuk menjalani rawatan penyakit mental yang dialaminya.
Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired,31, ketika dihubungi MH memaklumkan, kehidupannya kini bertambah lebih baik.
Malah dia kini masih dalam fasa menyesuaikan diri di negara berkenaan.
“Alhamdulilah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang beza pun sangat, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa.
“Pada masa sama, rutin berpuasa saya di sini sama juga kalau di Malaysia, tak ada beza sangat.
Ads
“Tapi agak susah untuk cari makanan seperti di negara sendiri. Sekarang ni pun dah mula rindu nak makan rendang,” katanya.
Dalam pada itu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut menyatakan rasa rindu terhadap anaknya, Anais Adha yang kini dibawah jagaan bekas suami, Aliff Adha.
Ads
“Nak kata rindu Malaysia tu tak ada lah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja,” katanya ringkas.
Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan yang juga warga Sweden, Michael Hansen.
Ads
Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.
Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Lah Ahmad mengumumkan bahawa dirinya tidak terlibat dengan projek reunion bersama bekas kumpulan lamanya Voice of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Lah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
“Keep calm and carry on please. Thank you,” tulisnya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Kau Tercipta itu tidak pula berkongsi sebab dan alasan mengapa dirinya tiada di dalam projek berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain turut menitipkan ucapan semoga karier solo Lah akan terus sukses.
Semalam, V.E telah pun mengumumkan barisan lengkap anggota kumpulan yang akan beraksi untuk projek Bring Back VE terdiri daripada Dami Mikhail, Zaf Nazaruddin, Icha Khalil, Shah Azmir, Luq Hakim.
Sementara itu, tempat Lah pula telah pun digantikan dengan seorang lagi penyanyi, Adeep Nahar.
Dirai meriah, puluhan jambangan bunga diterima mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E Universiti (AeU), Sabtu, pada hari graduasinya.
Apresiasi itu dilakukan oleh komuniti usahawan Titan yang menghadiri majlis graduasi untuk memberi sokongan selain tanda terima kasih terhadap Azizan yang telah berjaya membimbing mereka membina empayar perniagaan jutaan ringgit.
“Saya takut hari ni bab inilah. Saya dah cakap dengan team saya kalau yang datang setiap seorang bawa bunga, kita dah boleh buka kedai bunga.
“Sangat luar biasa, saya amat berterima kasih kepada Titan kerana mengambil kesempatan meluangkan masa.
“Saya sangat bangga dan tersentuh kerana bukan hari-hari pun kita ada konvokesyen apatah lagi ini PhD yang pertama yang saya terima di Malaysia,” katanya.
Berbicara tentang ilmu, meski sudah melahirkan ramai usahawan berstatus jutawan, namun itu tidak bermakna dia sudah hebat dan tidak perlu lagi mengasah pengetahuan akademik.
Matlamat beliau adalah untuk mempersiap diri agar terus dapat memberi nilai dan panduan berkesan kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam serta luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” katanya selepas menerima ijazah kedoktoran itu sempena konvokesyen AeU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dr. Azizan yang bersyukur dengan pengiktirafan itu berkata, banyak rancangan mengembangkan dan membantu usahawan-usahawan kecil di Malaysia dan beliau berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan khususnya di luar bandar.
“Ada banyak perkara yang kerajaan lakukan yang saya rasa kita boleh bekerjasama untuk sokong. Contohnya usahawan desa di luar bandar, kita ada training understanding expertise, yang saya rasa kita boleh bantu ramai mereka di luar sana jika boleh bekerjasama dengan lebih baik bersama kerajaan,” katanya lagi.
Menjawab soalan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan empayar perniagaan beenilai jutaan ringgi, beliaupercaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmadbahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.
“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!
“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.
“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emakselama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.
Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.
“Doa emak saya power! Doanya untuk anak-anak sangat luar biasa. Ada perkara yang sayabrasa tak boleh dan minta emak berdoa, pasti Allah SWT permudahkan,” katanya.
Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezekidalam perniagaannya.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Malah beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan kecintaan dirinya untuk melihat transformasi kejayaan seseorang usahawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...