Uncategorized

“Nak Kata Saya Sombong, I don’t Mind,” – Akui Tidak Perasan, Ismail Izzani Jawab Tuduhan Acah Kekwat

Share

Selepas dikecam gara-gara dikatakan bersikap sombong ketika diajak bergambar oleh seorang jurufoto bebas, penyanyi Ismail Izzani tampil memberi kenyataan untuk mempertahankan diri.

Katanya, dia langsung tidak menyedari pelawaan jurufoto tersebut yang ingin mengambil gambarnya di Kuala Lumpur Feshion Week 2018 (KLFW) baru-baru ini.

“Sorry bro tak perasan  till next time kalau sudi lagi.

 

“If nak kata saya sombong I don’t mind  I know myself better and I won’t do that  anyway.

 

“Have a nice day ahead , keep up the good work ur doing great!” tulisnya.

Tambah Ismail, dia tidak kisah sekiranya ada yang ingin menggelarnya sebagai sombong kerana dia lebih mengetahui tentang dirinya sendiri berbanding orang lain.

Bagi MH, mungkin benar apa yang dikatakan Ismail itu kerana maklum sahajalah di acara sebesar KLFW 2018 itu akan dihadiri oleh ribuan orang dan ada kalanya kita akan terlepas pandang.

Foto: Twitter & Carian Google

Published by
Aizam Manaf