“Nak Kena Gelak Ke Bila Orang Panggil Gemuk?” – Figura Badan Jadi Sasaran, Bella Dowanna Selar Kenyataan Individu Ini

Share

Pelakon, Bella Dowanna meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang mempersoalkan mengenai bentuk badannya.

Individu berkenaan dilihat secara terbuka memberitahu, Bella kini kelihatan agak ‘gemuk’ menerusi sebuah foto yang dikongsikan di Instagram stories.

Kata-kata tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Anak Tebing 2 itu.

Menurut Bella, sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, diam itu lebih baik.

“Kalau takda benda elok untuk reply story aku, tak payah reply la,” tulisnya.

Luah rasa itu dikongsikan sendiri Bella menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Tweet berkenaan turut mendapat perhatian seorang lagi netizen yang mengatakan Bella terlalu sensitif bila mendengar perkataan ‘gemuk’.

Lalu Bella membalas, “Lepas tu nak kena gelak ke bila orang panggil gemuk? Dasar tak handsome”.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan selain menasihati Bella supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.

“Ignore je babe. Kita kurus ke gemuk ke bukan nak tunjuk kat orang. Just be yourself. Yang penting love yourself.

“Biasanya jenis ceni bukan satu dua orang je dia shaming. Jenis nak perhatian dengan kaedah ejekan.

“Ye dowh. Some people really have nothing nice to say they better just shut up lol,” antara komen-kome netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Bella kini bakal muncul menerusi drama terbaru yang berjudul Dendam Malam yang akan ditayangkan di platform penstriman Tonton.

Selain Bella, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf