Berkongsi sebuah petikan ceramah mengenai masalah kewangan dalam rumah tangga, Erra Fazira menitipkan pesan buat suami isteri perihal makna tanggungjawab dalam melayari bahtera perkahwinan.
Ulas primadona ini, walaupun diri sendiri kecundang, namun nasihat ini cukup bermakna buat pasangan yang bakal ataupun sudah berkahwin.
Ceramah Ustaz Somad berkisar mengenai pengorbanan sang isteri yang sanggup berkongsi wang pendapatan sendiri walaupun nafkah adalah kewajipan suami sepenuhnya.
“Deeeeep!! .
“Sorakkan para ibu.. kan mainnn.. siap tepuk lagi..
“Cik suami kalau ada kat situ sure malas nak balik awal.. sure kena petik ayat dr ustaz Somad ni.
“Heeehehe.. saya nak komen byk pun tak pandai, diri sendiri pun kecundang.
“Apapun, generally, para suami punya tanggungjwb yg besar.. jgn buat2 lalu jer, meskipun isteri berkemampuan. Usahalah juga agar tidak dpersoalkan disana kelak. Sang isteri pun insyaAllah faham andai suami sudah mencuba sehabis baik. Tapi pokoknya.. BERUSAHA k! Laksanakan tanggungjwb sehabis baik.”
Ulasnya lagi, suami adalah pilihan sendiri, maka bersedialah untuk susah senang bersama.
“Para ibu pula, Suami itu pilihan hati kita, maka bersedialah kala susah senang.. Bila kemanpuan sang suami takat2 aja.. jgn lah kita meminta sesuatu yg diluar kemampuannya. Atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan, bantulah apa yg patut utk meringankan beban mengikut keupayaan.
“Saling tak puas hati, saling mengungkit punnn.. tak kemana akhirnya. Yg sawan, yg gila, yg serabut, yg tak bahagia .. diri sendiri. .. Kepada pasangan suami isteri dan yg bakal berumahtangga.. semoga ketenangan dan kebahagiaan milik kalian selamanya.. aminnnnn.”
Rata-rata netizen setuju dengan pendirian pelakon jelita ini dan menyifatkan para isteri sanggup berkorban wang ringgit untuk membantu suami, apa yang penting ianya berbaloi dan dihargai.
Foto – Instagram Erra Fazira