
Pelakon Syifa Melvin telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai bulu ayam untuk satu sesi penggambaran.
Lalu, yang dirakam secara dekat itu dimuat naik menerusi Instagram.
“The real mak ayam! ? Salah kelip ni sampai Palestine ni #PhotoShoot” tulisnya.
https://instagram.com/syifamelvin?utm_source=ig_profile_share&igshid=sxjtbu0vdko9
Lantas, gambar tersebut mendapat perhatian netizen, ramai yang terhibur dengan kapsyen serta foto dari adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini.
Demi nak nampak lain dari lain, sampai bulu mata pun boleh jadi unik macam tu kan?
Foto : Instagram Syifa Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Perlu Doa Kawan-Kawan, Peminat Nad Doakan Yang Baik-Baik,” – Bapa Nad Zainal

“Saya memerlukan doa kawan-kawan… semua orang mendoakan yang baik-baik.”
Demikian kata bapa kepada Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, selepas pelakon itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di KPJ Ampang Puteri, sejak Isnin susulan masalah paru-paru berdarah.
Zainal berkata, dia berterima kasih kepada semua apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat anak tunggalnya itu.
“Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya.
“Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya.
“Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan sesi bacaan Yasin hari ini, alhamdulillah,” katanya kepada MH ketika ditemui pada Rabu.
Watch on TikTok
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Artikel Berkaitan;
Tunjuk Perkembangan Positif, Ibu Maklum Nad Zainal Akan Dirawat Doktor Buah Pinggang Pula Sebab…
Bapa Kongsi Situasi Terkini Nad Zainal; “Sebelum Ini Dia Ada Mengadu Sakit-Sakit Cuma…”
Difahamkan, Nad,32, pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Awal petang Rabu rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Bagaimanapun pada Khamis, bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin,34, memaklumkan keadaan aktres ini kini semakin balik berbanding sebelumnya.
Menerusi laporan Harian Metro itu, Faliq menjelaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan situasi tersebut dan meminta semua pihak terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kekuatan Saya Fail Cerai Hari Ini Adalah Tuhan Dan Sokongan Ibu,” – Zahnita Wilson

Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson menolak khabar angin dia ingin keluar rumah dan tinggal berasingan yang menjadi punca utama dia dikasari suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Menurut Zahnita, 38, dia bagaimanapun tidak boleh memperincikan insiden berkaitan kerana ia masih dalam siasatan polis.
“Saya tidak boleh berkongsi kejadian itu buat masa sekarang sebab masih dalam siasatan polis.
“Cuma yang saya boleh katakan dia melakukan keganasan itu kerana tidak tahan dengan soalan saya mengenai sesuatu perkara,” katanya.
Dalam pada itu, Zahnita turut nekad memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.
Keputusan tersebut dilakukan kerana sudah tidak sanggup dirinya terus dizalimi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini adalah Tuhan dan sokongan daripada ibu saya. Doanya mengiringi perjalanan saya hari ini.
“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya lagi, lapor Harian Metro.
Dalam masa sama, Zahnita meluahkan rasa lega apabila suaminya itu sudah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
“Saya lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa perlu ada perasaan risau. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.
“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.
“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.
“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan mengenai hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu di media sosial yang mengejutkan ramai, apabila dia berkongsi dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam.
Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dipercayai Bunuh Diri, Pelakon Terkenal Jepun Yuko Takeuchi Dijumpai Mati

Pelakon terkenal jepun, Yuko Takeuchi dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad.
Memetik Astro Awani, Yuko telah ditemui tidak lagi bernyawa oleh suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Taiki Nakabayashi di pangsapuri mereka di Shibuya, Tokyo.
Menurut laporan media tempatan, pihak polis akan membuat siasatan lanjutan kematian aktres terkenal tersebut kerana disyaki telah membunuh diri.
Kematian Yuko hanya disahkan oleh doktor apabila mendiang dibawa ke hospital.
Aktres berusia 40 tahun ini semakin dikenali ramai selepas membintangi sebuah filem berjudul Ring pada tahun 1998.
Selain suami, Yuko telah meninggalkan dua cahaya mata termasuk anak lelakinya yang baru berusia 9 bulan.
Sumber: Astro Awani Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI